Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam ukhuwah semuanya :) *tukar sikit ^-^
Tadi, tengok tv, tengok bola, tengok game bola lebih tepatnya antara MALAYSIA dan SYRIA.
Satu je kelemahan saya bila tengok bola, saya tak sanggup nak tengok.
Bukan sebab saya malas, tapi saya cepat cuak.
Okay, I'm a weirdo eh?
Suka bola. Tak gila bola. Bolehlah~
Sedih tapi tetap bangga sebab pasukan kita kira hebat apa~
Sebab Allah Maha Hebat.
Manusia hanya mengatur, Dia yang menentukan right?
So, tak ada apa yang perlu dikutuk, dicaci, dikeji, dimaki.
Just think positive!
lain kali menang ye? *nak menaaaaang aje. teehee~
Satu hari, seorang rakan bertanya kepada saya.
"Macam mana boleh jadi macam sekarang?"
Sekarang? Saya?
Mungkin ada yang tertanya juga, apa benda saya nak cakap ni kan sebenarnya. Mungkin ada yang dah tahu. Macam ini lah. Macam ini saja..
"Saya pun baru start la".
Jawapan saya mungkin mengejutkan dia. Tak, dia memang agak terkejut. Dia sangka saya sudah lama seperti ini. Seperti sekarang.
"Apa yang buat awak berubah?"
Berubah... saya hanya sekadar tersenyum. Namun, dahi saya mula berkerut. Saya pelik. Saya terlupa. Kenapa agaknya ya? Saya benar2 terlupa. Ya Allah..teruk kan hambaMu ini.
Dari mana datangnya azam itu?
"Saya sejuk je tengok orang yang pakai tudung labuh. Macam mana jadi macam itu?". Ya, rakan saya ini ada rasa ingin tahu. Saya pun begitu dulu. Rasa nak tahu semua benda. Agaknya itu sebab Allah suruh saya keluar berjumpa dengan orang. Supaya saya nampak.
"Saya pun dah tak berapa ingat. Seingat saya, bila keliling saya orang2 macam itu, saya mungkin tertarik lah."
Saya sebenarnya tak lebih, sama seperti dia. Keazaman itu timbul bila keinginan itu kuat. Dan tindakan itu menyusuli bila hati sudah mula nekad.
Dulu, saya fikir orang yang bertudung labuh itu pasti hebat2 orangnya. Pasti menggunung ilmu agamanya. Tapi, tak semestinya. Bukanlah saya berniat memperkecil sesiapa atau mengutuk, sebab saya letakkan diri sendiri dalam situasi. Sebab sebenar bertudung adalah untuk memenuhi tuntutan agama. Selaras dengan itu, barulah tingkatkan diri dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Jalan saya nampak masih panjang, tapi ajal semakin dekat. Siapa tahu kan?
Saya teringat petikan kata2 rakan di FB;
Tak semua wanita bertudung itu baik, dan tak semua wanita tak bertudung itu tidak baik.
Hakikatnya, wanita solehah itu bertudung :)
Sebenarnya niat itu ada. Cuma apabila saya tak didedahkan, mulalah saya tangguh, kemudian saya terlupa akan niat tu. Betul bukan, Allah dah campak hidayah itu, terlalu banyak sebenarnya, tinggal kita sahaja yang perlu buka mata, buka telinga, buka hati menerimanya.
"Sampai satu masa itu, saya anggap dah sampai seru. Jadi, saya teruskan niat itu."
Tapi, tujuan saya memakai bukanlah untuk beroleh pujian, dipandang tinggi, atau mungkin dianggap ketinggalan zaman disebabkan tidak mengikut arus fesyen masa kini. Yang saya inginkan hanya mendekatkan diri kepadaNya. Yang lain merupakan usaha dan saya pasti setiap dari kita pasti ada rasa ingin berubah cuma bimbang perubahan terlalu mendadak, ragu2 diri ini boleh terus beristiqamah. Takut kiranya terbuat salah, orang akan mula menuding jari pada kita. Kata hanya paras sahaja nampak baik, tapi dalaman tiada guna.
Ketahuilah bahawa kita ini hanya manusia. Sampai bila2 pun saya takkan pernah sempurna, kamu takkan pernah sempurna, dan kita juga takkan pernah sempurna. Kesempurnaan itu hanya milik Rabbul Izzati. Kita hanya boleh mengharap yang terbaik untuk kita dan orang di sekeliling kita.
"Awak tak rasa susah ke bila nak keluar kena pakai handsock, stoking semua tu?"
Mungkin orang nampak agak susah. Saya takut juga pada mulanya. Takut diri tak kuat beristiqamah. Tiba2 rasa malas, nak pergi kedai je kan? Keluar rumah kejap je kan? Jumpa kawan perempuan je kan? Mujahadah memang tak pernah mudah. Cuma apabila melakukan kebaikan, dan menutup aurat itu pastinya disukai Allah, hati akan berasa lapang untuk mengerjakannya. Sebab itu bila dah menjadi kebiasaan sama sahajalah seperti memakai pakaian yang lain bukan? Tapi, harus diingat, iman turun naik, syitan itu licik, mungkin ada masanya kita lalai, sebab itu harus berwaspada. Muhasabah sentiasa. Kenang dosa lebih baik daripada mengingati kebaikan bukan? Kita akan lebih dekat pada Allah. Kembali padaNya semula.
Saya ada teringat seseorang mengatakan kepada saya;
Jangan jadi seperti orang, sebab masuk sini pakai tudung labuh. Bila keluar dah buka semula. Pakai yang entah apa2.
Menusuk kalbu. Takut. Bimbang. Na'uzubillah. Jauhkanlah ya Allah...
Saya juga berpendapat bahawa apabila seseorang dihendakkan berubah atas dasar paksaan, kadang kala, dari paksaan lah akan datang kerelaan. Dalam konteks ini, benda yang baik, buat apa harus dijauhi bukan? Samalah seperti kecik2 dahulu. Bangun Subuh bukan main liat. Silap hari, bangun2 je matahari dah tegak atas kepala. Bila dah besar, sudah biasa, pasti rasa senang je kan? Kronologinya sama sajalah~
Perempuan bertudung bagi saya sudah cukup baik. Yang mula berjinak2 pun pastinya akan ada ganjaran daripada Allah. Sekali lagi saya tegaskan, post ini bukan untuk menampakkan diri saya ini baik. Saya sama sahaja. Yang membezakan kita tidak lain tidak bukan hanyalah taqwa :)
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Jihad Perjuangan Paling Utama |
Hadith : |
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim |
0 comments