Selangkah demi selangkah

2/03/2012 10:39:00 PM

Bismillahirrahmirrahim

Assalamu'alaikum wrh dan salam ukhuwah.

Jalan kebenaran itu sememangnya takkan pernah sunyi

Permulaan semester baru. Subjek yang nak belajar pun baru. Lecturer pun baru. Kelas pun baru (bersepah-sepah pulak tu), ada juga classmates baru dan yang paling penting bakal mendapat pengalaman baru.

Start tahun ini, banyak program yang dianjurkan. Banyak jugak program yang kena libatkan diri, sukarela ataupun tak, bergantung pada niat kan..but anyhow, selalu kena betulkan niat, cuba ikhlaskan hati. Sebab tak semua perkara mudah.

Satu statement yang orang selalu akan pakai whenever their commitment is needed is that "Saya rasa saya tak cukup baik lah", "Em..ada orang lain lagi yang lebih layak".

Dan statement di atas sekali lagi menembak diri. Takut tak mampu laksana amanah dengan baik. Cuma, apabila orang nampak potensi pada diri kita, patut ke kita tolak bulat2 macam tu saja?

"Kamu rasa orang yang baik tu mengaku ke dia baik?", "Ada ke orang yang betul2 baik kat dunia ni?". Mungkin kelihatan diri ini tak mahu memikul beban. Kerana persekitaran sekarang berbeda. Orang yang berilmu lebih ramai, hebat-hebat belaka. Biah yang membuatkan diri rasa kecil saja.

"Kamu tak rasa apabila kamu dipilih ini, cara Allah nak didik kamu? Bagi sesuatu pada kamu?" 

Statement. Selalu tersentap apabila dibalas sebegitu rupa. Bukanlah hamba Allah itu mahu memarahi, cuma mahu meyakinkan. Bukan tak pernah terfikir, benar, mungkin ini cara Allah nak tarbiyah, nak didik diri ini. Cuma, bila sampai part amanah, rasa terlalu berat. Subhanallah. Andai amanah itu mampu ditimbang, tidak terbayang bahu yang kecil ini mampu menampung seberat-berat bebanan.

"Takkan pernah rugi orang yang buat istikharah", sebab semua perkara yang berlaku, yang baik atau buruk untuk kita, Allah sahaja yang tahu. Istikharah pun bukan untuk minta petunjuk tentang jodoh semata. Hidup manusia terlalu banyak pilihan dan cabangnya dalam satu2 masa. Hanyalah Allah tempat kita mengadu, mohon hidayah dan petunjuk agar di akhirnya akan tiba ke jalan yang diredhai.

“ Sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala untuk dianugerahkan kebaikan kepadanya , pastilah Dia akan memberikan kepada orang itu kefahaman di dalam agama ."

Pernah rasa diri terlalu jahil sedangkan orang sekeliling bagaikan mencurah-curah ilmu yang penuh sarat di dada? Memang rasa takjub dengan setitis ilmu yang Allah beri kepada manusia. Kiranya selautan ilmu itu Allah tunjukkan satu demi satu...Masya Allah..tunjukkanlah padaku ya Allah, tunjukkanlah..


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive