,

Ujian Satu Anugerah

4/25/2012 11:23:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrh dan salam ukhuwah ~

Alhamdulillah, Allah beri lagi satu kesempatan hari ini. Walaupun jadual tidur minggu belakangan ini terganggu dan sengaja diganggu, walaupun rehat tak cukup untuk hilangkan penat, sekurang-kurangnya masih ada daya untuk berfikir, dan Dia masih mengurniakan ilham buat diri yang mudah blur ni ^-^

"Dan mataku kini terbuka pada hikmah dugaan, uji keimanan"

Dugaan, seringkali menyapa kehidupan. Macam mana agaknya hidup tanpa diuji? Bosan bukan~ Saya berkata di sini bukan atas dasar menyombong diri bahawa diri yang lemah ini mampu tanggung bebanan ujian. Tidak~ Tapi, atas dasar diuji lah seseorang itu jadi lebih kuat, jadi lebih matang, apatah lagi darjat di sisi Tuhannya akan ditinggikan. Subhanallah~

Lebih indah lagi, ujian itu tandanya Allah nak kenal dengan hambaNya. Dan sebagai tanda Allah nak beri kita kenal dengan kebesaranNya. Subhanallah~ Sampai begitu sekali Allah nak sampaikan cintaNya pada kita. Takkanlah kita hanya mahu mengalah dan berputus asa?

"Ujian dan musibah itu umpamanya hadiah yang masih berbalut. Kita takkan tahu isinya selagi kita tidak membukanya"



Allah menguji kita sebab Allah nak tinggikan darjat kita. Tapi, seringkali soalan yang ditimbulkan, "Kenapa aku?!". Manusia, kita terbatas pada pengetahuan kita. Kita takkan tahu selagi tak diberitahu. Sepatutnya the question that we suppose to ask ourselves is, " Kenapa Allah pilih aku untuk ditinggikan darjat?" See, we never know something sehinggalah ke penghujungnya. Dan ketahuilah, Allah bagi ujian dan musibah sepertinya ingin membiarkan hambaNya berjalan di muka bumi tanpa sezarah dosa pun. Masya Allah~

"Sungguh, Allah akan uji apa yang kita katakan" -hamba Allah-

Dan sekali lagi, Allah akan uji apa yang kita katakan. Pernah sekali, salah seorang junior bertanya kepada kami. "Macam mana nak jaga hati orang sambil jaga hati kita?". Allah bagi ilham pada saya, dan ini jawapannya "Itulah konsep pengorbanan, biarlah kita yang terluka, jangan biar hati yang lain terguris". Dan kata-kata itu mengetuk diri. Beberapa minggu belakangan, hati ini sering diuji. Kesabaran terhadap teman-teman seperjuangan. Kita mahu semua rasakan kebersamaan itu, tapi mungkin tak semua fahami kehendak masing-masing. Lain hati, lain fahaman. Dan sungguh, mahu menjaga hati mereka agar tidak lari dari kebersamaan yang sedang dibina. Namun, hati mana yang tak terguris kalau tiada yang cuba memahami. Sungguh, hampa. Satu sahaja yang tinggal, SANGKA BAIK. Letih. Tapi, itu saja jalan yang terbaik. Mungkin itu saja jalan yang ada.

"Sungguh, manusia itu fitrahnya lemah. Perlu bergantung pada sesuatu."

Apatah lagi kita ini hambaNya. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Dan saya percaya pada itu. Kadang-kadang diri berusaha nampak kuat di hadapan makhluk, tapi di hadapan Pencipta, sungguh aku ingin datang dalam keadaan yang paling lemah sekali. Supaya Dia dengar rintihanku, dengar keluhanku, dan dengar pengharapanku. Kuatkan aku pada jalanMu ya Rabb~


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive