Just smile
10/05/2012 07:51:00 AMBismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ukhuwah.
Hati disapa tarbiyah pagi ini. "Maka nikmat Tuhan yang mana satu kau mahu dustakan?"
Senyum lagi.
Tapi senyum berbeza belakangan ini. Terasa pahit lebih dari manis.
Baru diuji sekecil ini, sudah bergetar semangat perjuangan. Terasa rapuh. Sangat rapuh.
Dan bagi mereka yang mengerti, takkan mampu disembunyi walau cuba dikaburi dengan 'senyuman'.
Fake smile takkan menjadi di hadapan seorang sahabat. Jadi kadang kala sengaja pilih senyum sinis berbanding senyum manis. Sengaja mahu beritahu keterasaan hati ini.
Tapi, terasa silap. Patutnya bersungguh dalam senyuman. Patutnya berbahagia dalam senyuman. Patutnya senyuman jadi penawar segala kesakitan. Salah guna, salah cara, salah tujuan. Senyum pula bawa kesakitan, senyum pula jadi hiba.
Senyum seikhlasnya, jangan dipesong niat utama. Sebab senyum boleh bawa bahagia. Kepada yang mengukirnya dan yang untuk mereka yang diukirkan.
Jadi pilih, senyum suka, atau senyum duka?
Teringat sifat Rasulullah yang satu ini, senyum. Baginda SAW antara manusia yang paling banyak senyum. Terfikir, just hope that Rasulullah would smile to me if I ever see him one day. Allahu :')
p/s: senyum dari hati. praktis. praktis. # oh, ada seorang ukhti yang sangat suka senyum. Nama pun bidadari :)
Terasa rindu pada senyuman ibu. Just wait for another 3 weeks, just 3 weeks. Patiently.
1 comments
hehe, insyaAllah sayang. A sincere smile for me to you. =)
ReplyDelete