Rangkai kata bakal menusuk jiwa, namun harus aku bicarakan.
Assalamualaikum buat saudara2 seislam denganku, walaupun mungkin iman kita berbeda, namun masih kita bersaudara.
La Tahzan, Jangan Bersedih. Ya, saya sedang bersedih. Melihat kealpaan dunia di hadapan mata. Memang sukar untuk saya gambarkan dengan kata2. Takut ada yang terluka. Tapi, tugas saya sebagai khalifah, hamba dan da'ie tak boleh diketepikan lagi. Saya harus meneruskannya.. Jadi, maafkanlah saya seandainya bicara kali ini mengguris jiwa.
Ke hadapan sahabatku,
Andainya kau membaca warkah ini, aku mohon agar kau memberi ruang masa walau sekejap untuk aku berbicara padamu. Rindu ini tak mampu ku tahan lagi. Sakit ini makin perit dirasai. Tolonglah! Kembalikan dirimu yang dulu itu!
Dari dulu, aku sentiasa menyesali diri. Sering tertanya-tanya. Mengapa perkara ini terjadi? Mengapa harus pada kau wahai sahabatku? Bukankah kau yang pernah mengajarku apa itu erti kebaikan. Erti persahabatan.. Kini, aku terpaksa menahan kepedihan melihat kau melukai dirimu sendiri.
Aku bukan insan yang hebat. Apatah lagi aku ini hanya Hamba yang lemah. Kenapa kau tak mampu berdiri tanpa aku di sisi? Sedangkan bukan aku yang memberi kau makan. Bukan aku yang memberi kau pakaian, apatah lagi bukan aku yang berkuasa memberikan kau iman.
Mengapa mudah benar jiwamu tewas di tangan kaum Adam? Apakah mereka layak untukmu? Adakah kau pasti dia benar2 jodohmu? Teruskan, jangan terhenti bacaanmu. Biar pun ia pahit, namun aku harus dan mahu buat kau mengerti atas izinnya.
Tahukah kau hai sahabatku? Saban hari aku terfikirkanmu.. Aku rasa lemah, aku rasa tak berdaya. Mengapa aku menyampaikan kalimah cintaku padaNya hanya kepada orang lain, sedangkan aku hanya melihat kau terkapai-kapai tanpa pertolongan. Salah akukah? Ya..kadang2 aku terfikir, mungkin memang benar salahku. Tapi mengapa tegar benar kau menyalahkanku untuk menutup kesalahan yang kau sendiri lakukan. Kau harus ingat..aku bukan Tuhan. Aku hanya sahabatmu. Mengapa pemergianku yang lalu menjadikan kau begini? Apakah benar itu semua salahku?
Aku tidak mahu memohon simpati. Kerna hidupmu itu urusan Illahi. Namun, aku mahu kau mengerti, tiada jalan bahagia selain jalanNya. Tiada cinta yang lebih agung selain cintaNya. Jangan kau percaya kata2 si dia. Aku tahu kau menyayanginya.. Tapi kau pernahkah fikir perasaanku? Perasaan ibu bapamu? Apa lagi Allah yang sentiasa memerhatikanmu?
Mungkin ini cara Allah mendidikmu. Itu yang aku harapkan. Agar kau menjadi insan yang lebih baik dari hari ini, lebih baik dari yang dulu dan lebih baik dariku. Mungkin tatkala ini kau masih mampu tersenyum. Dan memang selalu aku harapkan kau kan sentiasa tersenyum manis. Tapi jangan kau senyum setelah kau alpa dengan dunia ini,setelah dosa2 yang telah kau coretkan.
Tak pula aku mengharap kau menangis kerana warkah ini. Bukan untuk melukakanmu tapi untuk menyedarkanmu. Aku harapkan kau mengerti akan niatku. Aku berharap tangisanmu nanti kerana keinsafan yang ikhlas dan lahir dari hati. Dan aku berharap yang kau akan menangis kerana Allah dan bukan lelaki!
Aku tahu kesilapanku yang lalu. Dan aku juga sedang berusaha perbaiki diriku. Doakan aku agar terus-menerus punya istiqamah dalam menuntut jihad fi sabilillah. Kerana aku juga akan selalu mendoakanmu walau esok mungkin tiada aku. Jagalah dirimu, perhiasanmu, akhlakmu, dan tutur bicaramu agar aku senang melihatmu. Dari jauh ku iringi kerinduan dan mohon keampuanan andai diri ini yang lemah, yang mungkin tidak lagi layak bergelar sahabatmu...

Ukhuwah fillah abadan abada,
Seorang teman, rakan dan sahabat.
Seorang teman, rakan dan sahabat.
5 comments
mengapakah?
ReplyDeleteaimun, tiada apa2 :)
ReplyDeleteaku rse ko tau kot :))
Ye aku tau. Dont worry, we'll figure it out sooner.
ReplyDeleteinshaAllah.. :)
ReplyDeleteterima kasih atas sokongan anda :)
ReplyDelete