Let's write for the sake of Islam!

8/14/2011 11:56:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum and greetings to all :)

Future Muslim Writers Workshop 2011
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan tinta perjuangan walaupun realitinya kesibukan berpanjangan.

Terima kasih ya Allah, kerana Dia yang menggerakkan hati dan kaki saya untuk turut serta dalam program kali ini. Walaupun peserta tidaklah ramai mana, tetapi dapat saya lihat semangat yang membara di dalam diri setiap rakan sampaikan saya mula2 agak cuak nak pergi..(takde kawan yang dikenali). Tapi, ukhuwah itu indah dan mudah terjalin. Alhamdulillah, saya bertemu dua rakan baru yang kiranya akan menjadi teman semedan perjuangan pada masa hadapan inshaAllah.

8.45: Hati ini dah berkobar2 nak mengambil peluang mencari secebis ilmu untuk menambah pengalaman. Saya hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Ditemani dua rakan baru, Marinah dan Aina, kami sempat lagi bertukar2 laman blog supaya dapat sama2 berkongsi ilmu di kemudian hari. Suasana dalam Lecture Hall A waktu itu aman, nyaman dan tenang. Mungkin juga malaikat sudah mula mengerumuni majlis pada hari ini. Teruja! sangat2 teruja!

Ketibaan penceramah pertama amat2 mendebarkan. Memang tak sabar rasanya hendak memulakan sesi kali ini. Tiba2, pintu dikuak, dan akhirnya wajah yang menghiasi novel yang berada di rak buku saya betul2 ada di hadapan saya. HILAL ASYRAF! Subhanallah..akhirnya dapat juga bertemu penulis buku Sinergi! *mata bersinar2 sebentar ^-^

Ingatkan beliau seorang yang serius..rupa2nya start je beliau bercakap, kami semua mula melakarkan senyuman di wajah. Peribadinya sederhana, walaupun belajar di Jordan *mengenang nasib jap.. tapi beliau sentiasa merendah diri. Siap cakap bahasa inggeris beliau standard 1 je.. memang kelakar~ But overall, gaya penyampaiannya yang membuatkan kami semakin tertarik untuk mengenali dunia penulisan islami :)

Sepanjang bengkel (saudara Hilal panggil sembang2 ^-^) , beliau banyak menimbulkan persoalan. Persoalan yang selama ini tak pernah terlintas apabila membaca buku2 islamik. dan persoalan yang paling utama;

"Sekarang ini zaman lambakan karya2 islam, tapi sejauh manakah ianya memberi kesan?"

Semua terdiam, memikir akan kebenaran kata2 itu. Benar..barangkali kami tidak menyedari akan hakikat itu kerana dibayangi dengan karya2 yang bersalut islam. Tersentap seketika.. dan sepanjang bengkel bersama saudara Hilal, beliau lebih menekankan tentang ciri2 Penulis Muslim. Di sini ada tamayyuznya, di sinilah perbezaannya penulis dengan penulis muslim. MUSLIM membawa makna kita hanya ada satu arah iaitu ke jalan yang diredhai Allah.

Ciri2 Penulis Muslim (pandangan peribadi Hilal Asyraf)

1. Mempunyai hubungan dengan Allah dan menjaganya

2. Kerendahan hati dan menjaganya

3. Islamik dan tarbawi seiring, bukan salah satu sahaja

4. Dahagakan ilmu dan sentiasa mencarinya
5. Berdisiplin dan bersungguh2 di dalamnya

6. Istiqamah dan terus-menerus berusaha

p/s: InshaAllah setiap ciri akan saya huraikan dalam post yang seterusnya.

Sesi kedua bermula pada waktu petang (waktu yang sangat ideal untuk tidur). Namun, masih lagi para peserta menguatkan kaki melangkah ke LHA. Ustaz Nidzam; apa yang dibentangkannya membuka mata saya. Penggunaan hadith dan ayat Al-Quran bukan main2. Apatah lagi sesuka hati menggunkannya tanpa mengetahui akan kesahihan hadtih tersebut.

The main point di sini ialah bagaimana nak mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan mungkin tercetusnya kekecohan bila mana satu2 hadith tu tak sahih atau palsu. So, here are the tips to avoid such misunderstanding :)

1. Nyatakan surah dan ayat untuk penggunaan ayat Al-Quran.

2. Nas hadith perlu dinyatakan (especially yang real one in Arabic) form or Prophet Muhammad SAW.

3. Letakkan muka surat, no hadith, dan dari kitab apa..(eg: Sahih Bukhari)

Dari sudut uslubnya, bagi hadith yang sahih dan dhaif, ada cara nak menulisnya..

For hadith sahih.."Nabi SAW bersabda..."

For hadith dhaif.."Diriwayatkan dalam satu hadith..."

So, that's all for today I guess. I'll write again soon :)) inshaAllah..

Okay..picture time!!!


ini ustaz nidzam.. kenalkan .. :))

and of course brother Hilal Asyraf.. ^-^



Let's write for ISLAM! Allahu Akbar!

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Blog Archive