Harapan RAMADHAN

8/20/2011 07:19:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum and greetings to all :)

Alhamdulillah..masih bernafas saya pada hari ini. Masih mampu mengukirkan senyuman. Masih punya kudrat untuk bangun berjalan..dan dikurniakan ilham yang mencurah2 di pagi hari. Subhanallah.

20 Ramadhan
Masa itu begitu pantas kan? Seperti baru semalam kita menjejak ke bulan barakah. Rasa ini rasa yang lain. Dulu selalu tak sabar nak raya. Sekarang?

.........usrah PEPIAS.........

"Last year akak rasa macam sedih sangat bila dah nak dekat raya. Sampai bila orang lain bukak lagu raya, akak macam tak suka", kata Kak Fadhilah. Kami mendengarnya. Saya juga mendengarnya. Tapi kenapa? Pelik.. Jiwa yang tak ditarbiyah..begitulah. Tak rasa kenikmatannya bulan ini. Lapar dan dahaga..bukankah seksa?

Teringin nak tanya. tapi tak terluah. 'Tunggulah Ramadhan kali ni..kamu rasalah sendiri', hati menyapaku. Dalam diam, saya berharap. Saya punya rasa itu. Ya Allah..tunjukkanlah bagiku ya Allah.. tunjukkanlah..

17 Ramadhan
Di hari raya..terkenang daku kepada si dia..kampungku indah nun jauh di sana..ayah serta bonda ku.. "Husna, awat pasang lagu raya? Awalnya.." saya tersenyum. Lagu raya..dalam kereta time nak balik rumah pun dah start pasang lagu raya. Tapi kenapa hati ni macam tak sedap. Kenapa? Kenapa tak ada semangat nak raya..walhal plastik sebelah dipegang kemas. Baju raya dah beli..tapi....

10 Ramadhan terakhir.. sebak bunyinya. Diri bermuhasabah. 'Aku dah cukup baik ke? Dah cukup ke bekalan untuk bulan2 seterusnya? Macam mana ni.. Takkan aku nak biar syaitan tergelak2 bila dapat tahu Raamdhan itu tak diguna untuk mentarbiyah diri ni?' Sakit..hati penuh dengan rasa takut. Takut Allah tak terima ibadahku.. Takut Ramadhan berlalu bagaikan hembusan angin yang menyejukkan hanya sementara. Takut diri ini tak berubah walau sedikit pun. Jiwa..tabahlah! Allah sedang memerhatikanmu.. 'Ya Iman..bantulah aku. Kau dan aku kita satu. Harapanku memebawamu bersamaku ke pintu syurga..maka tunjukkanlah ya Allah..'

Satu hari..Kak Nuraish mengetuk pintu bilikku. Banyak kali dia mengajak kami ke program. Tapi banyak kali juga kami bagi alasan. Asif ya ukhti..harapnya dalam hati nak jumpa keluarga. Maaf..rindu sangat pada family. *Tak kena masa saya ni.. Tapi saya bersyukur. Kak Noraish datang. Sempat lagi bercerita kepada saya tentang kisah Rasulullah dan kaitan peristiwa2 yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Hebat tentera islam! Mampu berperang dalam berpuasa. Tiada masalah! Kita ini? Perangkah? Terik sangatkah bumi Malaysia ini? Astaghfirullah..lemahnya iman hambaMu ini Ya Rabb.

''Zaman dulu, Rasulullah dan tentera islam berperang masa bulan puasa. Kita ni baru je kena berperang dengan ngantuk, dah nak mengalah..'', tazkirah daripada seorang brother. Kata2nya mengetuk pintu hati ini lagi. Tak sedar lagi kah? Dah nak sampai hujung Ramadhan tahun ini.. Kamu tunggu apa lagi?

20 Ramadhan menjelang kembali.

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].


Ya Allah..sesungguhnya Ramadhan kali ini aku bawa bersama satu harapan yang besar. Untuk menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kurniakanlah padaku Ya Allah agar bertambah2 keimananku padaMu. Hanya keranaMu Ya Rabbul Izzati, aku mahu memburu malam itu. Tiada sebab lain, hanya dasar untuk mempertahankan nikmat yang terkandung di jiwaku selama ini. Nikmat iman dan islam..semoga dibukakan pintu2 rahmat unutkku, semoga dibukakan pintu2 taubat untukku, semoga terlepas diriku daripada azab2Mu. Kerna ku tahu, janji Mu pasti Ya Rabb. Maka, aku mahu berpegang erat pada janji itu. Tunjukkanlah padaku Ya Allah..tunjukkanlah..

Mencari pintu ke syurga abadi.


from ibnuabbas.wordpress.com :)

Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama – 6342).”


p/s: Pertemuan lebih manis kiranya kita berusaha mencari. Carilah lailatul qadr. Semoga Allah memberikan ganjaran bagi hamba2nya :) Allahu Yubaariku fikum :D

Asif kak Fadhilah dengan kak Noraish if what I wrote was wrong.. saya hanya tulis apa yang saya ingat. and I have only short term memory. ^-^

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive