Muslim Writer : Chapter 1

9/04/2011 06:58:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and greetings to all.

Cari ilmu untuk dikongsi bersama bukan untuk disimpan :)

For that, as a young-muslim-writer-to-be, I'll share the inputs that I got from Bro. Hilal and Ustaz Nidzam.

BAB 1- Mempunyai hubungan dengan Allah dan menjaganya


Mula2 saya tertanya juga, kenapa bab 1 pentingkan yang berkenaan? Budak blur memang macam ni..harap maklum ^-^ Start je saudara Hilal terangkan, saya mula faham. Penulis muslim ada tamayyuz yakni perbezaan. Beliau (saya bahasakan saudara Hilal 'beliau' sebab orang yang saya hormati) mengajukan satu soalan pada kami "Apa beza penulis dengan penulis muslim?". Macam nak jawab tapi tak tahu nak jawab apa. Tak perlu susah2 fikir. Of course lah jawapannya MUSLIM tu. Perkataan ini mungkin nampak biasa, tapi bagi yang mendalami maknanya terasa besar tanggngjawab yang perlu digalas.

Sebut sahaja ''muslim writer", maka satu sahaja tujuan kita. Harapan kita dan impian kita : ALLAH.
Hanya muslim sejati yang sedar hidup ini merupakan satu pengabdian kepada Allah. Tiada makna hidp ini jika tidak disandarkan kepada Allah semata. Kita sayang pada ibu bapa untuk mendapatkan keredhaanNya. Kita berbuat baik pada orang lain untuk mendapatkan rahmatNya. Kita berkongsi ilmu pada hari ini untuk mendapatkan keberkatanNya. Tak lain tak bukan hanya untuk ALLAH.

Satu lagi perkara penting bawah tajuk ini, penulis muslim memandang penulisan sebagai ibadah. Macam mana nak jadikan penulisan ni ibadah? ah sudaaahh.. Chill. Senang sahaja jawapannya. Pertama tamanya kita perlu faham apa itu konsep ibadah. Kena sentiasa kekal dalam batasan syarak dan ikhlas mengerjakannya :)

Dua konsep tersebut memang tak boleh lari. Kita kena ingat, matlamat tak menghalalkan cara. Jadi, bila mana kita start sahaja tulis benda tak syarak, selamanya penulisan kita tak dikira sebagai ibadah. Get the point kan? So..ada satu persoalan besar yang menjadi titik tolak kepada perkara ini; Buku2 yang kita tulis tu bina umat ke tidak? so, reflect and think twice :) dan yang paling berkesan, adalah buku yang meruntuhkan jahiliah.

Menjaga hubungan diri dengan Allah. This part, of course. Apa2 hal, orang akan pandang pada diri kita dulu kan? Biasanya lah ^-^ Sebagai seorang Muslim, apa yang kita tulis itu menggambarkan kita secara kasarnya. Kita kena ingat konsep dakwah ialah orang yang kurang sempurna mengajak orang yang tak sempurna. Coz nobody is perfect. That's why kite kena train diri kita at the same time ajak orang lain sekali untuk berubah. Walau dengan cara sehalus kuman sekalipun :)

dan kita harus ingat, cermin yang gelap takkan mampu pantulkan imej. Tanpa bantuan Allah, siapalah kita ni? Bila ada orang yang berubah kerana penulisan kita, ingat Allah sahaja yang berhak memberi hidayah kepada HambaNya. Allah yang gerakkan hati mereka untuk membeli buku kita. Jadi, renung2kan :) Sebesar2 bantuan adalah Allah.

Sekarang macam2 buku islami yang ada di pasaran. Tapi, ada certain2 yang tak berapa betul pada syaraknya.

"Saya suka tapi saya terluka"-Hilal Asyraf

Bersambung....

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive