Dalam Bermujahadah
10/27/2011 12:01:00 PMBismillahirrahmanirrahim
Dalam bermujahadah,
Pasti ada kesukaran,
Pasti akan rasa kesakitan,
kerana mujahadah itu takkan pernah mudah.
Dalam bermujahadah,
Hati inginkan keseronokan,
Ditolak ke tepi,
Kerana sedar dunia hanya persinggahan,
Syurga yang menjadi idaman,
Dikekalkan pada aras cita-citanya yang teratas.
Dalam bermujahadah,
Sedang jiwa meronta-ronta
untuk merasai kasih insan
dibajakan
untuk cinta kepada Tuhan
Sedar tentang jodoh dan ketentuan
Meletakkan Dia sebagai cinta yang teratas.
Dalam bermujahadah,
Kealpaan bagaikan racun berbisa,
Penawarnya hanya taubat pada Yang Maha Esa,
Penemannya hanya titisan air mata,
Pengiringnya hanya doa sebagai senjata.
Dalam bermujahadah,
Hati hanya mahukan keimanan,
Hati hanya menginginkan ketaqwaan,
Agar jalan bisa ditempuh seeloknya,
Agar syurga tetap menjadi sandaran.
Bermujahadah itu pahit,
namun
di hujungnya terasa manis,
kerana syurga itu paling indah,
buat sang mujahadah.
0 comments