Kan ku khabarkan cinta buat semua
10/08/2011 05:57:00 PMBismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,
syukur atas segala kepayahan,
kerana di akhirnya akan ada kesenangan,
syukur atas segala kesedihan,
kerana di akhirnya akan ada kegembiraan,
syukur atas segala kealpaan,
kerana akhir nanti akan ada peringatan.
I feel so blessed :) Subhanallah ^^
Jangan ada benih kebencian, kerana itu akan memusnahkanmu.
Membenci perbuatannya dan bukan pelakunya :)
Bagaimana sekiranya kamu punya seorang rakan, berbuat dosa dan maksiat?
Adakah kamu akan terus berkawan dengannya?
Bagaimana kiranya pelaku dosa itu teman karibmu?
Akankah kamu setia berada di sisinya?
Bagaimana pula kiranya pelaku dosa ingin kembali bertaubat?
Adakah kamu akan memaafkannya?
Kadang kala kerana kebencian kita kepada pelaku dosa atas sebab perbuatannya, kita tak mudah memaafkan. Sedarkah kamu itu maknanya kamu sudah membencinya? Bila hati mula membenci, maka syaitan akan memesongkan hati kamu yang tadinya hanya membenci perilakunya tapi kini mula jelik dengan pelakunya. Jadi, ke manakah arah taubat si pelaku dosa?
Orang tetap membenci walaupun mereka benar2 menuntut taubat. Akhirnya, apa yang akan terjadi, mereka akan fikir mereka itu jahat orangnya, dan ditakdirkan untuk menjadi jahat, makanya akan terus berkelakuan jahat.
Na'uzubillah.. kita dengan pemikiran kita. Sukar sekali untuk tidak melibatkan nafsu ketika berfikir.
Bila tengok orang lain, kita sangka kita jauh lebih baik tetapi awas! Hanya Allah yang tahu kerana Dia Maha Mengetahui. Sebab itu kita dilarang bersangka buruk. Mungkin orang itu tampak selekeh, tapi mungkin hatinya baik. Mungkin wajahnya nampak bengis tapi dalam hati ada taman. Mungkin tingkahnya tidak kena, tapi mungkin dia tidak tahu.
Orang jadi jahat sebab tak cukup kasih sayang,
orang jadi nakal sebab tak cukup kasih sayang,
orang tak jadi orang pun sebab tak cukup kasih sayang.
Orang miskin itu kayanya pada hati, orang kaya itu kayanya pada sedekah ^^
Makanya, sebarkanlah cinta. Cinta yang Allah anugerahkan bukan untuk pasangan semata, semua harus dicakupi. Semua harus dicintai. Tapi, satu cinta yang perlu ditinggalkan selamanya jika mahukan jannah yang abadi, cinta pada dunia dan takutkan mati.
p/s: Bicara kali ini secara keseluruhannya pandangan peribadi. Kalau ada yang salah itu semua atas kekhilafan diri. Kalau ada yang benar, itu semua dari Illahi. Allahu Yubariku Fii Kum <3
0 comments