“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Ya Allah..sesungguhnya Ramadhan kali ini aku bawa bersama satu harapan yang besar. Untuk menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan. Kurniakanlah padaku Ya Allah agar bertambah2 keimananku padaMu. Hanya keranaMu Ya Rabbul Izzati, aku mahu memburu malam itu. Tiada sebab lain, hanya dasar untuk mempertahankan nikmat yang terkandung di jiwaku selama ini. Nikmat iman dan islam..semoga dibukakan pintu2 rahmat unutkku, semoga dibukakan pintu2 taubat untukku, semoga terlepas diriku daripada azab2Mu. Kerna ku tahu, janji Mu pasti Ya Rabb. Maka, aku mahu berpegang erat pada janji itu. Tunjukkanlah padaku Ya Allah..tunjukkanlah..
Mencari pintu ke syurga abadi.
from ibnuabbas.wordpress.com :)
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama – 6342).”
p/s: Pertemuan lebih manis kiranya kita berusaha mencari. Carilah lailatul qadr. Semoga Allah memberikan ganjaran bagi hamba2nya :) Allahu Yubaariku fikum :D
Asif kak Fadhilah dengan kak Noraish if what I wrote was wrong.. saya hanya tulis apa yang saya ingat. and I have only short term memory. ^-^