, ,

Muhasabah: Mirror oh mirror

7/27/2012 08:42:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam ukhwah to all :)

Hasil kerja keras 4 akhawat dalam mencantikkan bilik. ^-^



"Sebutlah Allah kerana itu ubat, dan jangan menyebut manusia kerana itu penyakit" (Umar al-Khattab)

So, today.. tinggal saya dan Farah in our beloved ghurfah. Berbuka berdua tanpa Izzah dan Yong terasa laju saja waktu makan. Tapi, alhamdulillah, hari ini dapat kurangkan kuantiti makanan. Dan sewaktu makan kurma, terfikir.. macam mana Rasulullah SAW berbuka waktu dahulu ya? Terkesan pula di hati. Ramainya orang sekarang sekadar berbuka untuk mengenyangkan perut, bukan kerana itu sunnah dan ibadah. Serasa diri selama ini terlalu leka dengan nafsu semata. Allah, lindungi kami dari azab seksaMu~

Dan yang paling ditakuti, habisnya Ramadhan ini tanpa membersihkan dosa-dosa lalu. Na'udzubillah~ Muhasabah semula Ramadhan lalu. Teringat pesan seorang ukhti, "Nak melihat tanda berkesannya puasa seseorang itu adalah dia istiqamah menjalani ibadah walaupun Ramadhan telah berlalu". 

Sungguh, terasa diri ini masih lemah. Dan sungguh, ramai mana yang suka melewatkan solat, dan apabila tiba bulan Ramadhan, terasa ringan menunaikan solat di awal waktu? Jika begitu jadinya, maka ucaplah Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah masih beri lagi ruang untuk kita perbaiki kesilapan. Tapi, kiranya masih sama keadaannya, meringan-ringankan solat yang menjadi tiang agamanya, maka jangan terkejut satu saat akan rebah iman kita bersama runtuhnya tiang agama, kerana kita yang tidak mengukuhkannya malah kitalah yang berusaha untuk meranapkannya.

Dan berapa ramai yang suka cakap bahasa-bahasa yang kurang manis, tapi di bulan Ramadhan ini, sudah tidak terkeluar kalimah2 itu dari kotak suara? Maka ucaplah, Alhamdulillah~ Sungguh, beruntung orang yang dapat perbaiki dirinya. Cemburunya saya pada orang2 tersebut, kerana mereka berusaha menegakkan kembali islam dalam diri mereka. 

Maka berubahlah sekarang, kalau sedikit pun tak apa~ sebab bukan kuantiti yang kita cari, tapi kualiti~

Bulan Ramadhan bulan cerminan diri. Sebab cermin tak pantulkan imej lain yang bertanduk saat ini. So, apa lagi, rebutlah peluang yang mungkin takkan bertandang lagi dalam hidup anda!


A very refreshing and inspiring video from Anwar Hadi, think and reflect !


Ramadhan Kareem brothers and sisters !

p/s: Aisyah Munirah is going to UM, I don't need to send her off with tears. I'm so glad! 

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Because of the UM part? hehe.

      Still, you have to send me off to Kuantan (taklah jauh mana kan..?)

      Delete

Like us on Facebook

Blog Archive