Sweetnya Ukhuwah

9/21/2012 12:38:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua.

Alhamdulillah, terasa lapang hati hari ini. Terasa puas rohani diisi dengan ilmuNya.
Allah, sungguh bernilai waktu ini buat hambaMu.

Experience is the best teacher. Indeed :)


Saat melangkah masuk pagar, baru setapak melepasinya.. sungguh tak tersangka 1001 pengalaman akan saya lalui di sini. Bertemu sahabat sefikrah, berguru dengan lecturers yang sangat dihormati, mengenali taman-taman syurga yang Allah kurniakan di bumi ini, menyertai bualatan gembira bersama sahabat tercinta. Semuanya berharga.


Dan hari ini, khusus untuk mereka bergelar sahabat saya.
Seperjuangan, sefikrah, sehati, sejiwa.


Mungkin kekadang kita berselisihan tapi masih semuanya bagaikan makanan yang tak boleh tidak ada. Perlu sepanjang masa. Terima kasih sebab membimbing saya ke jalanNya.


Hadiah paling berharga. Definitely :)

Nasihat. Tak pernah lekang dari telinga yang sepasang ini. Kadang terasa lemah, jiwa terasa beban. Tapi dengan kata-kata sahaja mampu membangkitkan semangat. Tak kisah sama ada di bilik, di ruang syura, di lapangan da'wah, atau hanya di ruangan maya. Semangat yang hampir terpatah bagaikan dipateri semula. Ingatkan pada diri, agar bergantung pada yang TAK MATI. Berusaha menuju jannah abadi. Menyimpan hasrat be'reunion' di sana nanti.


Doa. Kadang-kadang tak tersedar, datangnya kekuatan (la haula wa la quwwata illa billah) berasbabkan doa sahabat. Rasa tak putus berharap agar ukhuwah kekal terjalin, semuanya disalur pada Yang Esa. Semuanya bermunajat agar Allah pelihara rasa kasih dalam jiwa. Supaya mudah tahu apabila rakan perlukan bantuan. Supaya sedia memberikan bahu saat sahabat perlukan sokongan. Supaya sedia menyediakan senyuman bagi menghilangkan lelah saat keletihan.


What you give, you get back. Bi idznillah :)

Kekadang hanya mahu diri dikasihi, disayangi tanpa diri dahulu memberi pada yang berhak. Mahu disayangi, limpahkanlah kasih sayang pada sahabat terlebih dahulu. Ingin dihargai, berilah penghargaan terlebih dahulu. Bahagia akan datang kalau pemberian disertai rasa ikhlas dan penuh kasih sayang. Allah juga akan mencintai orang yang membawa orang lain mencintaiNya. Tanpa mengira siapa dia. Kerana kita semua Hamba.


Hari ini, satu pengajaran. Mahu kemanisan dalam ukhuwah, juga menuntut pengorbanan.
Sweetnya ukhuwah itu kerana fillah. #Uhibbukum fillah :)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive