1 2...3?

10/24/2012 02:55:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Satu?




Dua??





Tiga???





Allah, apa benda yang nak disampaikan ni? = ='

(Math punya pasal ke?)

Indirectly, 'coz exam is around the simpang. (Already over - terblog time exam time ni)


No, no. Saya takkan bazirkan ruangan belog ini semata kerana nak belajar mengira. Here it goes..


SATU Orang yang dah lama peluk islam dan orang yang baru peluk islam.

Analoginya, orang yang dah lama peluk islam (ie. dari lahir) umpama dapat Galaxy Note macam itu saja tanpa sebarang usaha. Let say balik rumah hari ini, mak bagi Galaxy Note. Sayang sangat sampai takkan biar ada calar sedikit pun. Lama-lama Note 2 pula keluar, dah campak sahaja Note version 1.0 tersebut.

Beza dengan orang baru masuk islam, umpamanya membanting tulang empat kerat semata nak dapatkan Galaxy S3. Bila dah dapat seriously, jaga macam jaga anak sendiri (hiperbola jap). Dah berapa lama pun dia tetap sayang sebab dia tahu itu hasil usaha dia (selain memang rezki daripada Allah).


(Abaikan fakta saya tahu pasal Samsung) Yang penting, kita nilai balik diri kita as muslims. Sungguh, terasa malu bila mengaku islam tetapi berbuat perkara maksiat. Dan sungguh, terasa malu pada Allah, kerana kita tak menjaga agamaNya sebaik mungkin setelah Dia menyempurnakannya untuk kita.

Jadi salah kami atau salah kamu?

kami salah kerana tidak memberitahumu, kamujuga salah kerana tidak pernah mahu untuk lebih tahu.


DUA Ukhuwah yang sukar digambar.

Kesedihan membanjiri hati. Satu semester lagi, dan akan ke taman ilmu yang didambakan selama ini. Letih berdiri di hadapan pagar yang perlu dicari kuncinya untuk ke taman seberang sana. Tapi, indahnya dalam keletihan, kunci tak dicari keseorangan. Kunci dicari bersama teman. Yang menjadi kesedihan, tetap kunci yang sama, cuma tamannya sedikit berbeda.

Tak mengapa, hanya terpisah dek banjaran yang Allah bina. Lagi pula ada highway penghubung jalan ke sana. So, no worries. Ukhuwah takkan terputus walau banjaran menjadi pemisahnya (Allah, ayat-ayat saya waktu petang-petang macam ni.. Tepukdahi)


TIGA Hati ini pasrah



Allah menduga lagi. Tengah menghadap ujian, datang lagi ujian. That's life. Dan percaya semua ini berlaku sebab Allah nak tarbiyah diri ini. So, terima dengan hati terbuka.

Pasrah? Kenapa pasrah?

Maksud pasrah dalam statement ni more to tawakal, berserah. Humans can only plan, but verily Allah is the best planner.

Dan Allah datangkan dua makhluk sebagai penenang hati (Aimun dan Raihan). Dan tak lupa insan teristimewa dalam hidup, ibu. Akhirnya, dapat juga merasa ketenangan di rumah. Alhamdulillah, boleh hilang stress na~

# time to asah skill surirumah :D




You Might Also Like

3 comments

Like us on Facebook

Blog Archive