2/03/2012 11:18:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim.


Kiranya wanita membuka hijab yang menutup mata hati mereka,
mereka akan lihat betapa indahnya cinta dan redha Illahi.

Kiranya wanita itu sedar akan pesanan Rasulullah sebelum kewafatan baginda, 
pasti setiap langkah dihiasi istighfar dan zikrullah.

Sejauh mana pun tersasarnya kita, seburuk mana pun akhlak yang kita ada,
sekali kita tersedar, selagi itu Allah masih menunggu taubat kita dan masih akan terima kita.

Sedarlah bagi mereka yang lalai, sesungguhnya aku mengingatkan diriku sendiri, moga ia jadi asbab bagi dirimu untuk berubah dan menghijrahkan diri ke arah yang diredhai.

Islam bukan untuk dipandang sebelah mata, tapi untuk dihayati dengan pandangan mata hati. Kiranya Rasulullah di sebelahmu, bertanya padamu. Apa sumbanganmu untuk Islam? Waktu itu pastinya sahaja dirimu mahu tertunduk.

Atau mahukah kau dengan yakin tersenyum pada Nabi Allah. "Ya Rasulullah, tidaklah besar mana sumbanganku kiranya dibandingkan dengan perjuangan mereka yang terdahulu. Aku hanya berusaha menyambung usaha dakwahmu suatu ketika dahulu."

Bayangkanlah sahabiah sekalian, kiranya bertemu Rasulullah saat ini, ketika ini.. Yang pastinya, aku terlalu malu malah rasa rugi kerana aku sebahagian umat akhir zaman (yang bukan di zaman adanya Rasulullah SAW). Tapi ini takdirku, Allah lebih tahu yang terbaik untukku.

Wahai Nabi Allah, terimalah kami sebagai umatmu. Sesungguhnya kami sedang berusaha mencintaimu sebagaimana kami mencintai Tuhanmu. Kami merinduimu walaupun tidak pernah bertemumu. And hope to see you smile when you see us :)

Amalkan selawat. Buat renungan bersama.



.Salam Maulidur Rasul.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive