Induksi Pepejat 2012 OSEM !

2/20/2012 07:24:00 PM

Bismillahirramirrahim

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Membelog sambil buat physics (osem kan? *perasan~)

Okay, agak lambat untuk dikhabarkan. Tapi teringin gak nak belog pasal PEPEJAT.

Amende PEPEJAT ni?

Pepias PJ sebenarnya. Macam mana jadi PEPEJAT? sendiri fikir la ya.. 
*Asal usul tak diketahui. Harap maklum. Mungkin bukan atas persetujuan syura. Mungkin?



Tarikh: 10-12 Februari 2012
Tempat: Sekolah .... (asif, serius lupa nama tempat) somewhere2 kat Kg. Sg. Tua Baru.

Mula2, secara jujur dan lurus bendulnya memang tak tahu apa benda induksi tu. *Sebenarnya sampai saat ni tak sure makna secara Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tapi secara kasar semua boleh agak, mungkin.

Induksi kami bermula dengan Ta'aruf Kubra. Rasanya slot ni start2 nak menapak ke dalam perut KTM menghala Batu Caves dah mula dah.. *pendapat sendiri sahaja, abaikan~

Seronok, rasa tercabar bila tiba2 saja kena tanya orang yang tak berapa nak kenal pasal diri mereka (hobi, syampu, warna buku nota, etc etc). Yang paling mencabar part kena tanya tanpa pihak kedua tahu dan  part kena tanya ikhwah.. Dah lah tak pernah bercakap sepatah, tiba2 kena susun line dialog. Namun, tujuan hiwar (perbualan *walaupun tak sampai 1min) bukan atas dasar suka-suka, membuta tuli. Ada sebabnya lebih2 lagi khususnya apabila berada dalam jemaah. #Peringatan: Bersosial tetap perlu ada batas !

Masa taaruf kubra, macam2 benda mantan minta kami lakukan. Part melukis rasanya paling digemari oleh sahabiah yang ambil AED kan? ^ ^ Time2 begitu lah bakat terpendam dapat dicungkil. Mungkin lagi. Tapi, tujuan utama ta'aruf kubra is to get know each other better. Macam mana nak bekerja kemudian hari kalau tak kenal dengan orang yang kita nak buat kerja sama2 tu kan?

Apa yang pasti, proses taaruf tak pernah terhenti sampai di situ sahaja. InshaAllah setiap kali berjumpa, akan bersambung, dan bersambung dan bersambung... *bertambah erat ukhuwah.

Oh ya, surat cinta pun antara tugasan yang diberi. Surat cinta? eh, apa pulak cinta2 ni kan? *jangan fikir bukan2. Surat cinta ni sebenarnya teguran atau nasihat yang membina yang dikirim tanpa diketahui siapa pengirimnya. Rasa happy je kan bila ada surat yang dituju bertulis nama sendiri. Pendapat saya, tugasan ini diberi supaya kita sentiasa memberi peringatan antara satu sama lain dan juga bagi semangat naik semula bila masa2 kita rasa down. At least ada juga orang yang care pasal  diri kita kan?


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”



Antara slot2 yang diperuntukkan of course, Pengenalan Pepias, Mengapa Saya Perlu berada dalam Jemaah, Misi, Visi dan Halatuju, Organisasi dan Bidang Tugas, SWOT dan POA serta Resolusi.

Mengapa perlu berada dalam jemaah? 

Sebab diri ini kekurangan, perlukan bimbingan, nasihat, dan tunjuk ajar orang lain yang berada di jalanNya. Nak sedarkan diri bahawa hidup ini bukan semata main2 sahaja, tapi ada satu arah dan matlamat yang jelas. Yang pasti, nak jadi orang yang soleh wa musleh. *Secara ringkasnya.

Eventhough masa agak singkat, Alhamdulillah..berjaya juga memerah otak memikirkan apa visi, misi dan halatuju yang nak dibawa pulang ke bumi bertuah PJ. Walaupun secara detailnya terasa berat nak pikul beban visi dan misi yang akan dan sedang kami bawa, tapi inshaAllah semoga Allah permudahkan jalan bagi kami yang punya satu destinasi dan matlamat yang sama, MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH !

Slot SWOT dan POA diperuntukkan untuk memikirkan kelemahan, kelebihan sedia ada, peluang dan ancaman serta pelan tindakan untuk sepanjang semester. Harap2nya Allah permudahkan apa yang kami lakukan. Baik secara duniawi dan ukhrawi.

Banyak yang kami peroleh lebih2 lagi daripada senior2 dan mantan2 kami. Harapnya bantulah kami yang masih setahun jagung ni. Sesungguhnya berada di atas jalan ini, memang banyak onak dan duri. Semoga Allah permudahkan bagi kami ke jalanNya. Amin Ya Rabbal'alamin~


Photos; credit to Ms. Abidatul Husna (minta izin Yang Berhormat)





















You Might Also Like

2 comments

  1. wooowww...asal x post kat pepejat nye blog je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak keseganan di situ. Tape, kalau nak baca sila sila lah melawat ke blog sy yg serba kekurangan ni~

      Delete

Like us on Facebook

Blog Archive