Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrh dan salam ukhuwah buat semua.
Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan hari ini untuk bernafas dan mensyukuri nikmat kesihatan. Sementelahan telah diuji dengan sakit kepala mengenangkan diri ini tidak bersedia lagi untuk menghadapi mid sem sambil membuat latihan Math yang memecahkan kepala. Mujur Allah legakan sakit yang menyeksa dengan pantasnya.
Baru sakit kepala Aimi, orang lain yang lebih kronik macam mana pula?
Konklusi: Jangan tunggu sakit baru nak bersyukur.
So, Jumaat yang lepas, setelah membuat pertimbangan antara family sendiri dan family Pepias, akhirnya saya menggagahkan diri melangkah ke Masjid As-solihin di Kg Teras Jernang, Bangi. IHRAM atau Ihya' Ramadhan yang dikendalikan oleh Pepias Pusat telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di masjid tersebut dan sekitar Bangi. Takdirnya, saya hanya sempat melelapkan mata 10 minit dan seharian sahaja bersama teman-teman seperjuangan sebelum berangkat pulang ke baiti jannati. Gembira untuk bertemu saudara tetapi sedih untuk meninggalkan sahabat sefikrah.
Ramadhan kali ini memang satu kenangan yang manis. Bermula dengan perjalanan dari CFS IIUM ke Mid Valley, singgah sebentar untuk berbuka puasa dan solat Maghrib. Seterusnya meneruskan perjalanan ke ktm Bangi. Pendek kata, memang osem! First time naik ktm lebih daripada mid valley tu. First time naik bas, ada 'pak cik' ni terbayar lebih tersalah destinasi, first time duduk bersila dalam ktm baru, first time berbuka puasa di luar dan terpaksa meredah kesesakan di musolla. Memang mostly is FIRST TIME for me. Dan ada kalangan adik-adik yang baru first time kenal, tapi gaya macam dah kenal lama. Allah~ TakdirMu itu memang indah. Subhanallah3~
Dan esoknya (Sabtu), setelah nyenyak selama 10 minit, kami bersiap sedia menghala ke rumah anak yatim untuk bersahur bersama2 mereka. Raihan, hajat dah kesampaian kan? ^-^
Alhamdulillah, dapat bersahur bersama mereka, qiam dan solat Subuh berjemaah. Dan sebagai penutupnya, sumbangan daripada pihak pepias turut dihulurkan kepada adik-adik.
menanti ktm yang tak kunjung tiba~ |
Aple bersama adik-adik |
Dan masa yang sedih, saya terpaksa pulang awal bersama Kak Fatin dan Fatin Izzati. Memang berat hati nak tinggalkan rakan-rakan, tapi ada yang menanti di rumah. Saya tak mah kecewakan hati ibunda saya. :) So, right then in my hometown, majlis buka puasa with my family, cousins, uncles aunties, yang besar yang kecik semua ada. Oh, dah macam raya. Sangat heaven dapat jumpa saudara mara. And surely raya nanti ada lagi kan? Meriam lagi jom? Ahha~
Oh, dan mengenangkan diri ini yang akan berhijrah. Agak sukar nak bertemu rakan2 pepias nanti. Haru bunyinya~
2 comments
My dear, ayat2 mu sungguh menyentuh kalbu. Melayu mu begitu dekat sekali di benak fikiran sehingga tumpah di keyboard utk dicoretkan di dalam blog comel ni, 'Mengejar Mardhatillah' , we'll miss your presence soon. It's about one year to go, I'll make sure to spend more time with sahabat2 yang nak berhijrah k Kuantan..<3
ReplyDeleteAna akan godek2 peluang bila2 free (kemungkinan besar habis cfs) nak pergi rumah Raihan. Nanti bawak ana jalan2 penang.
DeleteKuantan-Gmobak tak jauh mana kan? huhu~