Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum and salam ukhuwah.
Khamis lepas waktu orang lain sibuk cuti sebab krismas, biro DnI batch buat Ladies' Night dekat usrah room level 1. Adalah beberapa kecelaruan timbul but in the end, event berjalan lancar. Alhamdulillah. And thumbs up untuk biro DnI. Sisters jelah. Brothers are not included.
Malam lepas habis dinner, plus layan movie zaman Saidina Umar al-Khattab, ada game session. Banyak-banyak game, tak sangka pula kena buat 'Surat Cinta'. Basically semua kena tulis at least kat satu column atas kertas A4 for each person yang ada malam tu.
Tujuan asal game nak menegur atas sebab sayang kawan-kawan sebatch lillahi taala. Tapi dengar-dengar juga ada yang kena tegur secara melampau. Tak tahu lah siapa (seriously), tapi lain kali kenalah tegur secara berhikmah. Whether that person did something really wrong, you have to give advice using a righteous way. Aku bukan nak cakap diri aku baik. Aku tetap menegur (kalau aku rasa aku nak tegur) tapi memang aku jenis ayat berbunga habis dan cuma mengharapkan orang yang baca tu faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku doa jelah Allah sampaikan maksud aku yang sebenar tu.
Tapi pointnya di sini, aku yang jarang pernah kisah macam mana orang lain pandang aku, tiba-tiba rasa nak tahu. Sebab banyak aku dengar, di mata orang aku ni baik. Tapi itu pun sebab Allah tutup aib aku. Tak perlulah rasa bangga pun. Aku juga manusia.
Banyak-banyak komen yang aku dapat, ini rasanya paling mengena. "Kurangkan blur", "jenis yang tak reti nak terus terang", "jenis yang suka pendam".
Part blur tu ingatkan dah boleh cover, rupanya ada juga yang perasan. Haha. Memang aku blur, even dalam kalangan sepupu sepapat aku, memang dah terkenal dengan ke'blur'annya. Part pendam tu pun, hmmm... Member baik aku cakap janganlah asyik jadi Yes Man je, cubalah say NO. And ada yang pesan, jangan sampai orang lain ambil kesempatan. Ahah! InshaAllah aku dilindungi oleh Allah daripada manusia-manusia sebegini.
Aku tak rasa satu orang pun tahu aku ni macam mana except Allah. Sebab kadang-kadang aku sendiri keliru aku ni siapa sebenarnya. Ada juga member cakap aku ni baik depan orang. Errr.. it's a mannerism. Bukan tunjuk baik. Itu aku. Jenis inferior dan introvert kalau tak kenal orang. Sebab tu juga orang lain boleh salah anggap aku ni pemalu dan pendiam pada mulanya. Walhal...Allah sahaja yang tahu,
Untuk kawan-kawan yang tegur dan beri nasihat pada aku, terima kasih banyak-banyak. Allah saja yang dapat membalas. Aku tak tahu siapa yang tulis apa, tapi at least aku dah tahu siapa aku di mata mereka. Tapi soalnya sekarang, siapa aku nak jadi di pandangan Allah?
Itu lagi penting kan?
0 comments