A B C

12/18/2011 10:37:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum and salam ukhuwah to all :)

Fuuuuu~ Lately selalu mengimbau kenangan silam saja. Then, senyum sorang2.
*I'm not crazy yet okay ^-^


"Sedangkan tempat jatuh pun dikenang, inikan pula tempat kita belajar ABC.
Bukan setakat ABC, kat sinilah tempat mula2 kita belajar bahasa Melayu. 
Kalau sebelum tu, cakap jawaa je lah hari2"
-Ahli Alumni SKBB-



Awesome kan super senior kita? Semangat nak datang sekolah balik. Bukan datang belajar. Tapi niat nak membantu tempat mereka tuntut ilmu satu hari dulu. Kalau dulu setakat papan yang melindung mereka dari segala macam cuaca, nilai pula kita pada hari ini. Tak cukup beruntung lagi ke? Syukurlah, alhamdulillah~


Gambaran hari ini dan semalam

Dulu, masa aku mula-mula melangkah ke sini. Satu kegugupan menyinggah hatiku. Waktu kecil. Siapa saja yang berani? Aku akui, aku penakut. Mungkin kerana dunia itu dunia baru. Tempat aku mengenal satu persatu. Siapa aku, dan ke mana aku.

Waktu kecil, waktu yang sangat berharga kan? Waktu naif, waktu innocent, waktu tak tahu dunia luar itu macam mana. 

Kelakarnya waktu kecil itu. Bertemannya mudah, bergaduh pun mudah. Budak-budak. Gaduh, mulalah tarik muka masam. Kelakar. Setakat gaduh dengan kawan sebelah, mulalah tarik meja. Haihh, budak-budak sungguh  =-=





Apabila melangkah kini, banyak yang berubah. Fizikalnya, bukan spiritualnya. Maksud aku, rasa, feeling masa berada di sini. Persoalan yang penting, paling penting adalah 

Apakah aku masih orang yang sama?

Haih, mana mungkin. Completely the same person is not an answer. Rather, a lie. Dulu aku lihat, dunia ini kecil. Itu dunia aku lah. Sekarang, aku tahu dunia ini luas. Terlalu luas sampai aku rasa, aku yang besar ini pun macam kecil je kat tengah-tengah lautan manusia. mengaku kecil pulak...perasan.

Apa yang membuat aku berubah? DIA. Pengalaman, pahit, manis, suka, duka, sedih, gembira, ketawa, menangis. Semua Dia yang beri. Aku cuma lalui. Fasa ini, fasa kehidupan duniawi.

Apa-apa pun, tak kiralah siapa pun aku hari ini, guru-guruku masih mereka yang sama. Mereka yang menabur budi, jasa dan bakti pada kami anak muridnya.

Boleh saya cakap sekarang?


Cikgu, saya dah besar ! *senyum lebar :)




Enjoy the little things in life, for one day you'll look back and realize they were the BIG things

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive