Kerana muslimah begitu berharga
12/09/2011 11:26:00 PMBismillahirrahmanirrahim
Kerana kita bergelar muslimah,
Maka segalanya bagi kita mahal belaka.
Mahal ? Bermaksud hantaran tinggi ?
Tidak. Bukan begitu yang saya maksudkan. Mahal kita kerana sukar diperolehi. Muslimah sejati inshaAllah tidak mudah jatuh tunduk semata nafsu dan lelaki.
Mahal ? Maknanya takkan jatuh cinta ?
Tidak. Bukan takkan, tapi berhati-hati. Muslimah sejati inshaAllah bijak memilih lelaki idaman di hati. Bukan kerna rupa, harta, keturunan tetapi kerana agamanya. Cinta itu fitrah. Jadi, dia juga jatuh cinta, tapi bijak mengawalnya :)
Mahal ? Maknanya sombong ?
Tidak. Bukan mahal kerana sombongnya. Kerana dia mematuhi perintah Allah. Kerana dia lebih senang berbicara dengan Yang Esa. Baginya pergaulan 'magnet' hanya wujud jika ada tujuan. Tujuan yang perlu, bukan atas dasar suka-suka. Baginya fitnah perlu dijauhi, melindungi kaum lelaki.
Mahal ? Maksudnya.....
Mahalnya seorang muslimah itu, kerana dia bakal penyambung warisan rajulun soleh. Menjadi pasak mengukuhkan Islam di bumi Illahi. Dia bakal isteri, ibu dan pendidik yang sangat didamba dan diingini. Dia menjadi tulang belakang bergerak aktifnya seorang da'i dan dia mewujudkan tarbawi bagi dirinya dan sesiapa sahaja di sekelilingnya.
Jadilah muslimah yang solehah. Indahnya bukan pada rupa, tapi terletak pada akhlaknya :)
0 comments