,

Care to share

3/14/2012 12:33:00 PM

Photobucket


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, today Allah gave me a great reminder which I think, it's an urge to share with you (whoever you are). 

#Siapalah kita untuk menilai iman seseorang?

Waktu ini, saya berada dalam biah yang hasanah (baik). Tenang lagi tenteram. Orang kata budak UIA, mestilah baik kan? Kawan2, persepsi itu inshaAllah jadi doa bagi kami. Tapi, memang lah tak semua baik. Dan saya tak cakap diri saya baik. Sebab manusia itu ada kelemahan pada dirinya. Leka, lalai, alpa. Duniawi. Kadang2 kita tertarik lebih ke arahnya. Untungnya, Allah masih memelihara diri kita. Sebab itu tak kiralah apa perkara yang kita lakukan, destinasi yang sebenar harus dituju dengan kembali kepada landasan yang benar.

Kawan-kawan,
Kita hidup mestilah ramai kenalan. Ada antaranya yang betul2 kita dah kenal. Ada antaranya kita masih nak cuba rapat. Kadang-kadang kita rasa kita ini lebih baik sikit berbanding kawan kita tu. Hati kan, susah betul nak ubatkan daripada penyakit. Bila antunna pakai tudung labuh, itu tidak meletakkan antunna sebagai orang yang lebih mulia di sisi Allah. Bila antunna bergiat aktif dalam dakwah, itu tak meletakkan antunna sebagai orang yang paling hebat di mata Allah. Sebab kadang2, sayangnya ada segelintir yang melakukan semua itu bukan lillahi ta'ala. Ada yang mahu yang mencari nama. Ada yang bertujuan untuk mencari bakal suami yang soleh. Tapi tidak meletakkan mardhatillah (keredhaan Allah) sebagai list teratas. 

Apa yang saya cakap ini, bukanlah dituju pada orang lain, tapi atas dasar mengingatkan diri dan teman2 seperjuangan juga. Kita ini hamba Allah. Hamba yang serba kekurangan. Sebab itu kita perlu meletakkan sepenuh pergantungan kita kepada Allah.

Pentingnya apabila kita berada dalam institusi kehidupan ini, sifat husnul zhon memang sangat perlu diterapkan .Baik sangka pada orang lain jauh lebih dituntut daripada menyangka diri sendiri baik.
Kadang2 kita lihat rakan kita, auratnya tidak ditutup dengan sempurna. Waktu itu, bersangka baiklah. Mungkin dia tidak tahu. Mungkin ada halangan lain yang menyekatnya. Tapi, bukan hanya dengan bersangka sahaja. Step seterusnya perlu dijalankan. Sokonglah dia dalam keadaannya yang mahu berubah.

#Bukan kita yang berkuasa memberi hidayah.

'Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)'. (Surah al-Ghasyiyah : 21-22)

Rasulullah SAW sendiri tidak berkuasa memberi hidayah. Apatah lagi kita yang cuma manusia biasa ni. Tapi, sekurangnya, tidaklah rugi orang2 yang mengajak kepada kebaikan. Ditambah dengan pahala yang dijanjikan sebanyak mana pahala orang2 yang menuruti ajakan itu bahkan tidak dikurangkan sedikit pun. Nah, langkah yang menguntungkan bukan? Apa lagi, jom kongsi dan sebarkan kebaikan !


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive