,

Jangan mengalah duhai sahabat!

5/17/2012 04:01:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, dan salam ukhuwah, salam ceria salam mujahadah buat semua yang bergelar sahabat.

"Ajarkan diri kita untuk berjiwa besar, bukan mudah untuk putus asa"

Realitinya berada dalam jemaah, sukar itu memang akan ada. Tak perlu cari, dia datang sendiri. Samalah dengan kehidupan. Allah memang nak uji, nak lihat sejauh mana kecintaan kita kepada Dia. Sejauh mana kita dengan azam ingin menegakkan kalimah Allah di muka bumiNya terlaksana. Nah, kerana itu aku berjemaah. Aku kekurangan dan perlukan bantuan. Bukan sekadar berpersatuan, bahkan lebih dari itu (sedang mencari apa erti jemaah yang sebenar-benarnya).

Realitinya lagi bila sudah menjebakkan diri dalam jemaah, akan timbul terlalu banyak perkara yang hendak difikir. Tidur tak cukup, makan tak lalu, sakit-sakit, lenguh-lenguh mula menjengah jasad yang lemah. Mulalah syaitan menggoda, "Kalaulah kau tak masuk jemaah ni, tak adalah program. Tak payah nak pikir pasal usrah. Tak payah nak sibuk-sibuk fikir pasal orang lain. Duduk kat rumah, lepak~ kan best?"

Syaitan.

Sungguh, musuh yang jelas lagi nyata.

Bekal iman ini, baru boleh melawannya. Tapi sejauh mana kuatnya iman kita? Atau disebabkan iman yang senipis kulit bawang ini, kita terus mengangkat bendera putih, tanda akur pada kemenangan gerombolan syaitan?

Tidak! Jangan sesekali mengalah!

Bukankah Allah telah mengatakan di dalam Al-Quran Al-Karim,

“Jangan kamu berputus asa daripada pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat (atau pertolongan) Allah melainkan orang-orang kafir”

(Surah Yusuf: Ayat 87)

Dan teringat pesan seorang akhi yang kami hormati, dan diingatkan pula sekali lagi oleh sahabat aku sendiri,

"Kita buat kerja jangan fikir kerja tu kita sorang je kena buat. Kita kena buat sama-sama". Ya, dan itu yang meringankan beban tiap kali terpaksa memikirkan perihal masalah dan program. Sungguh, niat untuk mengubah masyarakat bukan senang. Diri ini juga hasil didikan da'ie yang suatu masa dahulu pernah berada dalam kelompok mereka yang kabur tentang Islam. Nama sahaja Islam, tapi tidak pernah cuba untuk mendalami. Astaghfirullah, "aku mohon petunjuk dari Allah, untuk diriku dan mereka yang berada di sekelilingku."

"Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nescaya akan tertegaklah Islam di sekelilingmu"


Jadi, nasihat aku buat sahabat-sahabat yang mungkin tersasar sebentar, terhilang semangat, terlupa arah tuju, terumbang-ambing antara komitmen, tercari-cari apa penyelesaiannya, duduklah sebentar. Tenangkan fikiran. Jika punya masalah, berkongsilah pada yang sudi, dan paling utama dengan Yang Maha Mendengar. Sungguh, Dia mendengar tiap keluh, tiap rasa hampir tersungkur dalam jiwamu. Dia melihat air matamu yang tumpah kerana berusaha sedaya upaya berjuang demi agamaNya. Dia menyertai setiap langkahmu yang bermujahadah agar diri dapat diperbaiki dan jadi lebih baik dari semalam. 


Positive thinking is not about expecting the best to happen.
IT is about accepting that whatever will happen, will certainly be the best.



Allah, berikanlah kami bahu yang kuat untuk menampung beban dakwahMu. Padukan hati kami untuk bersama menegakkan kalimah-kalimahMu. Ilhamkanlah penyelasaian kepada setiap kesulitan yang kami hadapi. Sungguh, hanya Kau yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


La haula wa la quwwata illa billah al-ali al-azim

You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah, ana berharap anti bersabar dalam menghadapi dugaan dan rintangan. benar, syaitan itu musuh yang nyata walaupun tak nampak dengan mata kasar. sesungguhNya, perkara yang tersembunyi lebih berbahaya. Kawallah nafsu dan tingkatkan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih atas nasihat. Sgguh, hadiah yg plg baik adalah nasihat. Allah sahaja yg dpt membalasnya.

      Delete

Like us on Facebook

Blog Archive