Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrh dan salam ukhuwah.
Bangun saja dari tidur, satu mood telah menguasai diri. Mood yang tidak baik. 'Angin' semacam kata orang. Cuba kawal emosi, akhirnya tewas juga. Habis seharian ber'mood'kan segala mood yang tidak baik. Kasihan pada ahli keluarga yang ada di rumah. Terkena tempias. Maaf, aku tengah lemah > <
Kadang-kala, kita rasa diri kita cukup gagah. Dapat buat itu dan ini. Tapi, bagi aku seseorang itu paling gagah apabila dia dapat mengawal emosinya. Dapat berfikir apa akibatnya sebelum melakukan sesuatu tindakan. Boleh aturkan jasadnya untk bergerak seiring akalnya.
Mungkin aku sering terlupa juga. Jikalau laut ada pasang surutnya, begitu juga manusia. Ada kalanya kita kuat, ada kalanya kita lemah. Pada tika lemah itulah, segala yang tidak baik mula menyerang raja jasad. Lihat situasi, satu masa, rakan kita menegur kita dengan cara yang agak kasar. Bila kuat, kita akan tersenyum dan bersabar. Bila kita lemah, agak-agaknya bagaimana? Sedangkan sabar tak mampu dibina apatah lagi hendak menghadiahkan senyuman?
Bila kita kuat, kita mudah bersangka baik, ikhlas, rajin dan segala yang baik. Bila kita lemah, mulalah perangai yang tak tentu hala, amarah menyala-nyala, sangka buruk dan seangkatan dengannya.
Saat kita lemahlah syaitan paling suka. Saat kita lemahlah, dia akan mula mencucuk-cucuk hati kita. Kenapa kita tak jadikan saat-saat lemah itu sebagai satu titik tolak untuk bersandar sepenuhnya kepada Yang Maha Kuat?
Ya, itulah kelemahan kita. Harus diakui. Kita sememangnya sentiasa bergantung pada sesuatu.
"Berterima kasihlah pada mereka yang membuatmu kecewa, kerana mereka mengajarmu erti sabar"
Ustaz Pahrol - Tentang Cinta
Aku tersenyum tatkala membaca petikan daripada sebuah buku. Anehnya, kebiasaan mengharap pada yang selalu diharapkan dah mula berkurangan. Aku dan yang lain hanya berserah pada Yang Hak. Ya, mungkin itu sesuatu yang bagus. Tapi bagi mereka yang menyebabkan orang lain kecewa, (walau dalam apa jua bentuk, cinta, persahabatan, muamalat) jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kamu. Kerana bagi aku, sekali dia khianati kepercayaan yang diberi, selamanya aku akan cop dia sebagai "Orang yang MENGECEWAKAN".
Saat aku lemah, aku lebih suka bersendiri. Melainkan adanya seseorang yang aku senangi, aku akan mengalukan kehadirannya. Dan saat paling lemah, pujuklah hati, "Allah kan ada". Itu sahaja ubatnya. Itu sahaja yang mampu menguatkan kita kembali.
"Orang mukmin ada Tuhan untuk didatang mengadu segala!" -message by Kak Nor'aish-
Dan aku membuahkan kekuatan dengan menangisi kelemahan.
Ya, aku sensitif orangnya ^-^
0 comments