,

Tutup dan litup.

5/12/2012 03:17:00 AM

Bismillahirrahmnirrahim.

Assalamualaikum wrh dan salam ukhuwah buat sahabat sekalian.

Apa khabar iman anda hari ini? Semoga Allah terus-terusan memberikan hidayahNya buat kita semua.

Alhamdulillah, waktu ini dan saat ini, Allah masih beri keizinan bagi aku untuk memenuhi ruang blog yang dah start nak bersawang. Orang tengah mabuk exam lah katakan~ *Sungguh, aku susah nak lari dari dunia yang satu ini. hai~

Seawal jam 10 pagi tadi, Allah dah gerakkan hati dan kakiku dan dua lagi sahabat untuk ke PWTC. Kalau dah sentuh pasal PWTC mestilah Pameran Buku kan?

Ya. Dan alhamdulillah, Allah bagi kesempatan jumpa (nampak saja sebenarnya) Ustaz Amal dan sempat juga bertemu dengan rakan dari Seseri yang bekerja di sana. Untunglah~

Mula melangkah ke PWTC (which by the way, memang tiap-tiap tahun akan ke sana), diri terasa amat teruja. Memang dah minta kebenaran ibu nak habiskan duit semata buku. Dan tak terniat nak buat muka kesian kat akak tu yang aku tak nak beli produk dia, lain kali lari je terus. Maaf kak~

Dan di situ, aku melihat ramainya orang. Dan di celahan mereka, ramai juga yang berfurdah. Sungguh, tenang hati ini. Lalu, tiba-tiba sahaja satu soalan terlontar kepada kawan saya, "Agak-agak bila nak pakai furdah?" Tiba-tiba. dan tak tersengaja. Sungguh, di sebalik furdah itu, terlindung kecantikan seorang wanita. Mungkin niatnya mengelak fitnah, Allah saja yang tahu.

"Pakai furdah itu senang, tapi di sebaliknya itu yang susah". Terdiam. Berfikir sejenak. Sahabat ku itu meninggalkan satu statement yang bagi diriku membuka minda. Sungguh. Luaran itu sekarang yang menjadi "first impression" orang lain pada diri. Dan sebab pakaian kita lah, lalu orang meletakkan kita sebagai itu dan ini. Tanpa mengenali hakikat diri yang berkenaan.

Banyak statement yang orang bagi. Kadang-kadang tak relevan pada pandangan sendiri. Tapi, hanya mampu berdiam. Sebab ilmu yang ada hanya sikit, dan ilmu yang dituntut bukan suka-suka nak dibuat hujah. Aku masih mentah. Masih baru belajar merangkak. Sabar sajalah, senyum sajalah dan yang paling penting doa sajalah yang mampu.

"Pakai serban, blablabla, tapi perangai..", "Pakai tudung labuh, blablabla, tapi dok anyam ketupat..". Allah, diri sendiri terpukul. Manusia, setiap dari kita ini hanya hamba Allah yang lemah. Takkan pernah perfect. Siapa pula yang meletakkan penampilan sebagai kayu ukur yang di dalam? Allah saja yang tahu. So, janganlah terlalu judgemental. Dan teguran bagi diri sendiri dan bagi muslimah yang bertudung di luar sana. Jagalah akhlaqmu seindah penampilanmu. Ya, kita boleh kata, "Asalkan aku tutup aurat". Tapi, di mana dakwah dari segi penampilan it berlaku? Bila diri ini nampak baik di luar, maka usahakanlah baik juga di dalam. Susah, memang. Tapi itu yang indah.

Sungguh, aku ini bukan orang yang paling solehah, kerana diri ini juga sering menzalimi diri sendiri. Dan sungguh, kalau menunggu kesempurnaan, baru nak sebarkan kebaikan, maka takkan tergerak-gerak diri ini untuk menyampaikan apa yang baik dan inshaAllah benar. Aku belajar, kamu belajar, kita belajar ^-^

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook

Blog Archive