,

Apabila bukan milik kita

11/12/2011 02:53:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum and salam ukhuwah to all :)

"Apabila bukan milik kita, belajarlah untuk melepaskannya".


Allah telah mengaturkan segalanya buat kita. Tersusun dengan rapi, indah sekali.
Cuma, manusia yang tak pernah sedar, mungkin juga ada yang terlewat untuk menyedarinya.


Kisah: Rezeki

Alang : Ibu, nak makan ke tak nasi hujan panas ni sekarang (pukul 3 petang)

Ibu : (Geleng kepala) , Nantilah..petang2 siket.

Alang: Okay.

Pukul 5 petang......

Alang melangkah ke dapur. Kelibat Angah kelihatan lalu terus dia teringat nasi hujan panasnya. *padahal nak ayam sambal je :)

Alang : Jangan makan tau. Aku nak.

Angah: sambung bercakap sambil buat kerja lain

Pukul 6 petang

Alang melangkah semula ke dapur. Sampai2 sahaja, nasi hujan panas berbaki kurang daripada suku. Ayam sambal pulak dah tinggal tulang.

Alang pandang Angah.. Muka hiba :(

Angah : Nak ke? Sorry lah dah nak abes..

Alang : terus berlalu ......

Pengajaran : Allah telah tetapkan rezeki kita dan kesemuanya. Kalau dah tertulis bukan rezeki kita, kenalah redha je ...



Samalah juga soal result exam,

Punyalah study sampai 2, 3 pagi.
Consult lecturer sampai dia pon pening nak jawab soalan kita.
Buat tu, buat ni, semualah kiranya usaha, doa, tawakal.

In the end, 4.00 ilek~

Kenapa cepat putus asa? Kenapa fikir 4.00 memang milik kita? Mungkin yang terbaik tu sekadar apa yang kita dapat? Allah nak bagi pengajaran. Life's a lesson. Kalau Allah tak bagi hari ni, mungkin dia nak bagi esok hari. Kalau Allah bagi sikit, mungkin esok2 Dia nak bagi banyak. Kalau Allah tak bagi, mungkin ada benda yang lebih baik untuk kita.


Allah telah tetapkan rezeki, jodoh, ajal dan segala2 yang berlaku kat dunia ini.
Tinggal kita je yang kena belajar redha.


p/s: Janganlah pulak bila dapat pointer rendah, tawakkal habis untuk next sem sampai tak belajar. Itu namanya putus asa. ^-^

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive