Lebih baik diam

11/25/2011 08:46:00 AM



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, it's a pleasure to be alive. Especially during Friday. Penghulu segala hari :)

So, today as 3-months part time house(daughter), I fried some egg and eat it with bread. Simple eh? Actually, that was for my mum. Sian mak dapat anak camni. Lain kali saya masak sedap2 pula :D *cuma kena masak yang sihat2 sebab my mum dah diserang pelbagai penyakit. I blame the school. hee~


Pernah dengar hadith ini?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

Terjemah hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (Riwayat Bukhori dan Muslim)



Apa maksudnya bercakap yang baik?

Percakapan yang baik bagi saya, sudah tentu berkata tentang perkara2 kebaikan. Nasihat. Tentang kebesaran Allah dan yang seumpama dengannya. Bahkan seboleh2nya kita patut mengelak daripada berbual-bual kosong (tiada point, saje buang masa). Tapi kenapa ya manusia ni susaaah sangat nak berkata hanya yang baik?


Percakapan yang dikawal oleh nafsu

Ada bezanya orang yang cakap guna akal, dan orang yang bercakap ikut nafsu. yang bercakap kadang2 main lepas, ikut sedap mulut, lancang semacam, itulah orang2 yang bercakap mengikut hawa nafsu.

Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata...?

Apabila sentuh bab ini, saya reflect semula diri saya. Dengan rakan, orang yang tak dikenali mungkinlah kita akan jaga percakapan kita sebaik mungkin. Dengan adik-beradik? Ahhaa..nampak tak di situ permainannya? Konklusinya, memanglah kita terbiasa bergurau dengan adik-beradik. Tak salah bergurau, tapi kena ada batas. Hati manusia ni pun bukanlah dibuat daripada stainless steel. Kot kot satu hari tu antum terlepas cakap, sudaaah. Kan dah merosakkan silaturahim namanya tu. So, think before speak.


Saya selalu juga terdengar kisah2 mereka yang terhiris hati akibat kata2 seseorang. Tak sentuh lagi bab2 sampai-menyampai (jadi batu api pula). Bab2 mengumpat. Na'uzubillah. Kalau manusia namanya, selagi tak bisu tak adanya nak diam bukan? Cubalah dalam sehari, kamu mendiamkan diri. Guna mulut hanya untuk makan, senyum, berzikir dan sebagainya. Bolehkah? Mesti akan ada orang tegur. "Cik Bedah, awat senyap je?", "Cik Bedah, hang sakitkah?", "Cik Joyah oi..hang buang tebiat kah?" Haaaa.. tu feveret saya tu. Asal senyap je, buang tebiat. Try to think positive people. Bila dia senyap, maknanya dia sedang berpuasa. Berpuasa daripada bercakap :)

Segala percakapan kita, mungkin ada yang terasa

Mungkinlah kita tak sengaja, tapi kalau percakapan kita itu atas dasar niat supaya sifulan itu berubah, maka yang lebih baik, berterus teranglah padanya. Kalau tak mampu, berbicaralah pada orang yang lebih arif dan yang boleh nasihatkan sifulan tersebut. Jangan pakai ayat kasar, ayat menyindir. Sebab saya sangat tidak gemar dengar orang lain menyindir orang lain. Hal sendiri pun tak terjaga, tak usah2lah menyibuk tepi kain orang kan?


Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam sahaja

Bukankah lebih aman dunia ini kalau kita diam sahaja? Melainkan ada kebenaran yang harus ditegakkan, kebaikan untuk disebarkan dan pengetahuan untuk dikongsi bersama. Biarlah orang nak kata apa..tiba2 jadi pendiam. Asalkan selamat daripada kena azab seksa kat akhirat sana ^-^



Diam pun ibadah. Apa yang nak ditunggu lagi?

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive