Aku punya ibu
5/08/2011 04:48:00 PMAku punya ibu yang penyayang
Sedari dulu dari kukecil lagi
Memenuhi kehendak dan keperluan ku
Walau hakikatnya aku tak perlu
Namun masih kau beri wahai ibu.
Aku punya ibu yang penyabar
Sedari kecil aku ini banyak ragamnya
Mahu itu mahu ini
Kau melayan semua karenah
Walau hakikatnya penatmu masih bersisa
Aku punya ibu yang beriman
Sedari dia berusaha memperbaiki akhlaknya
Mendidik anak dan menjaga kebajikan suaminya
Takkan pernah lupa akan tugas sebagai Hamba
Kerana dialah aku mahu berubah
Ibu, maaf andainya pernah ku guris hatimu
Sedari anakmu ini tidak berbaki kesabarannya
kekadang kemalasan menguasai diriku
Alasan demi alasan ku potraitkan agar
kau simpati padaku
Sampai aku lupa tanggungjawabku terhadapmu
Ketahuilah hai ibu,
Sentiasa aku titipkan untukmu dalam doaku
Agar bisa aku menjadi anak yang solehah untukmu
Membalas jasamu takkan kulupa
Kerna kupunya ibu terhebat!
Takkan dapat kusangkal kehebatannya
Sampai akhir nafas,
ku tetap punya ibu yang terunggul di mata anaknya.
p/s: Maaf kerana tidak bisa ku ungkapkan dengan kata-kata kerana aku ini bukan anak yang pandai berterus-terang. Whatever it is, I always LOVE you.
1 comments
aimi! aimi punya komen dh hilang...huhuu
ReplyDelete