Kau awasilah langkahku Ya Allah!

5/08/2011 04:16:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim :)


Wonderful day with wonderful mum. Yes, HAPPY MOTHER'S DAY MRS ASPURIAH. May Allah bless you forever and ever :) infinity lah kiranya.. :D

Assalamualaikum dan salam ukhuwah kuhulurkan buat sang pembaca yang setia. Sedari diriku bukanlah blogger terhebat seperti mana2 blogger yang punya ramai 'follower' dan pada hakikatnya bukan itu pun tujuanku mem'blogging' selama ini. Hanya ingin bersama2 menerjah ruang akal yang kian berhabuk pada dasarnya tentang hidup ini yang kan sentiasa dilanda misteri. Misteri kehidupan. Takkan pernah terungkai andainya tiada usaha sepenuh daya mencari jawapan, bukan?

Satu lagi misteri melanda diriku baru-baru ini. Aku akui diri ini bukanlah segagah mana, iman ini tidak cukup mantap lagi. dan TERIMA KASIH ya Allah, Kau berikan ujianMu kali ini bagi menduga keimananku. Sejauh mana diri ini mampu menerima hakikat bahwasanya bukan semua benda yang kita harapkan akan dapat dalam genggaman kita.

Namun, harus ku akui, aku rebah saat pertama melihatnya! Allah.. Sukar dinafikan. Aku semacam berputus asa dengan nikmatMu. Sedangkan aku harus bersyukur mengenang nasib diri jauh lebih baik daripada orang lain. Mungkinkah benar jika kita terlalu mengharap, lantaran itu, 'rejection' lebih sakit berbanding yang hanya berserah?


Mungkin aku terlalu yakin dengan diriku. Sedangkan aku tahu, mungkin aku takkan mampu hadapinya di kemudian hari. Dan terima kasih juga Ya Allah, Kau kurniakan buat aku rakan2 dan kakak2 yang mampu memberi nasihat dan juga dorongan dalam hidup ini. Aku takkan boleh tanpa mereka, dan tanpa ibu bapa <3


Allah beri apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu.

Ungkapan yang ku kira sudah ku pegang kemas rupanya telah hampir terlepas jatuh ke tanah. Patutlah aku seakan sukar menerima hakikat yang aku tidak ditakdirkan untuk mengambil Perubatan. Pergigian pilihan kedua ku mencacak ke tangga pertama. dan tak semena-mena aku terpempan depan kaca PC ku. Ku kira ini mungkin bukan rezki ku. Tapi, kenapa? Apa yang telah Kau janjikan yang terbaik bagiku? Ya, selama ini aku berdoa bukan untuk mendapatkan apa yang aku mahu, tapi apa yang terbaik untukku. Adakah ini yang terbaik buatku?


Alhamdulillah, kuasaMu juga membukakan mataku, mindaku kepada sesuatu yang lebih baru. Lebih baik. Bagiku minat itu boleh dipupuk. Sedari aku tidak punya minat dalam apa2 bidang sekali pun. Aku juga percaya sahabatku mungkin juga sedang kecewa. Namun, khabarkanlah padanya Ya Rabbul Izzati. Ini semua hidayahMu, rahmatMu, bicaraMu padanya agar dia mengerti. Aku juga percaya dia kan punya peluang yang lebih cerah satu masa nanti :) Kau tahu siapa yang aku maksudkan, lantaran itu, cekalkan jiwamu ya Sadiqati.. Moga kita kan bertemu kembali setelah kembara musafir berakhir di satu perhentian yang abadi.




Aku meyakinkan diri untuk berjaya dalam bidang ini. Kalau pun MARA tidak memberi satu lagi harapan buatku, aku kan teruskan dengan harapan yang satu ini. Walaupun boleh tukar course, aku takut aku tersangkut nanti. With all the strength and motivation that I gathered, I'll choose you :)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive