Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum and salam ukhuwah to all :)
Alhamdulillah, takkan pernah tergambar hari yang lebih indah selagi diri ini masih bernafas. Takkan hati ini terguris lagi kerana kekecewaan semalam. Ya Rabb, lindungilah aku dari hati yang bersedih itu. Aku mohon ampun dan keredhaanMu, tak kiralah di mana aku berada.
Keterlupaan manusia pada tanggungjawab sebenar takkan pernah tidak terjadi. Lupa, alpa, lalai, leka. Seringkali menghantui hidup muslimin. Takkan pernah sunyi dari diuji dan takkan pernah relax dengan dugaan.
Destinasi yang dituju pun seringkali dilupa. Bila kita bertanya pada diri sendiri, banyak jawapan yang mula menyusun abjad2 dengan sendirinya. Lagi2 bagi kita yang akan meneruskan cita2 dan harapan. Ingat, bukan dunia yang kita kejarkan tapi syurga yang menjadi keutamaan.
Tak kiralah di mana kau berada, ingatlah semua itu hanya sementara. Jangan sampai terlupa akan persinggahan yang sementara. Permusafiran kita akan terhenti tak kira masa. Hanya menunggu dan setiap saat, ia semakin hampir. dan hampir. dan sangat hampir.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim
Janganlah bersedih dengan setiap takdirNya. Bukankah kita sudah bersumpah pada rukun iman yang keenam? Beriman pada Qada' dan QadarNya.. Fahamilah, dalamilah dan redhailah..
InshaAllah akan bertemu jawapan.
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a |
Bagaimana mahu beroleh kejayaan dan kemudahan?
Percayalah pada janjiNya, nescaya kita tidak akan dikecewakan. Kalau pun bukan setiap perkara yang kita mahu akan kita peroleh, ketahuilah mungkin ianya akan membawa keburukan kepadamu. Dan, doalah apa yang terbaik buat kita, inshaAllah beroleh syurga di akhirat sana :) | |
|
0 comments