,

Dialog bersama iman #episod 1

4/10/2011 09:51:00 PM




Assalamualaikum. Apa khabar iman kalian? Semoga ia semakin bertambah walaupun sedikit. Kalau pun serasa berkurang, harap2nya lepas baca post kali ini bertambahlah ya..

Saya ingin mengajak anda membuat sesuatu. Apa dia?

Sekali sekala, pergilah ke sesuatu tempat untuk bersendiri. At least, dapat juga kita curi masa itu untuk berbicara dengan Allah, berbicara dengan alam, apatah lagi berbicara dengan iman?

Mari kita ikuti perbualan ini...

"Eh..awak..sampaikanlah dulu seuntai kata2 hikmah buat para pembaca"

"Oh, lupa pulak..terima kasih..". Itulah iman. Seringkali mengingatkan tatkala saya alpa. Terima kasih..saya sayang awak!

Di satu tempat yang sunyi...........


Insan: Assalamualaikum, awak apa khabar hari ini?

Iman: Alhamdulillah..masih bersama awak..

Insan: Boleh saya tanya sesuatu?

Iman: Apa dia?

Insan: Bila masa iman muncul? Kenapa saya tak sedar..?

Iman: (Senyum)*walaupun tak boleh nampak.. Em..setiap waktu.

Insan: Bila?

Iman: Hmm..let me refresh your memory...

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Situasi 1

Insan: Ya Allah..macam mana ni.. Kenapa aku tak pandai macam orang lain.. Kenapa aku tak
tak dapat keputusan yang hebat eventhough aku study bagai nak rak! Urgh!!

Iman: Awak, sabarlah.. Allah nak uji awak tu. Percayalah bila gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.. Jangan putus harapan, teruskan berdoa..

Insan: Tapi, awak.. Dah banyak kali saya doa.. Kenapa Dia tak makbulkan..?

Iman: Awak, sabar kan separuh dari saya. Kalau bukan sekarang, mungkin nanti. Percayalah cakap saya ni.. Awak kena tawakal dan berserah hanya pada Allah. Jangan sesekali buruk sangka pada Dia. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk awak..

Insan: Tapi..

Iman: Takde tapi..tapi... Pergi buat solat hajat sekarang. tahu?

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Insan: Er...garang jugak awak ni eh..

Iman: Bukan garang..tegas. Kalau saya tidak tegas, nanti awak tunduk pada nafsu..

Insan: oh..begitu. Terima kasih iman..

Itulah iman..mengajar kita erti kesabaran. Suruh kita berbaik sangka pada Allah. Jangan sesekali berputus asa. Kalau tak ada iman, saya tak tahulah apa jadi pada umat manusia.





Situasi 2
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Insan: Ish..nak pakai apa ni?

Iman: Awak nak pergi mana?

Insan: Jumpa kawan..

Iman: Lelaki ke perempuan?

Insan: Perempuan dan er..lelaki..

Iman: Apa yang awak pakai ni?

*baju ketat, seluar sendat, er..kain lekat?

Iman: Astaghfirullah..awak. Apa awak pakai ni?

Insan: Kenapa? Salah ke?

Iman: Salah.. Tukar baju.

Insan: Yang macam mana..?

Iman: Tudungmu itu mesti dilabuhkan menutupi dadamu. Bajumu itu longgarkan agar tidak terlihat bentuk tubuhmu.

Insan: Oh..macam itu.. terima kasih.. *sambil melangkah ke arah pintu.

Iman: Eh, kejap! *langkah terhenti.

Insan: Ada apa2 yang tak kena ke?

Iman: Apa tu merah2 kat bibir awak?

Insan: Lipstick la..

Iman: Yang kilat2 kat mata awak tu?

Insan: Eyeshadow la..

Iman: Kenapa nak lawa2 sangat? Nak jumpa suami ke?

Insan: er..tak.

Iman: Bagi mengelakkan awak dari fitnah, pergilah basuh muka tu. Pakai bedak tipis je cukup. Saya tahulah awak nak cover kecelaan kat muka awak tu.

Insan: Er.. Hehe..yelah..


"Hmm..cuba fikir balik. Kenapa perlu pakai make up? Sebab nak nampak cantik kan? Cantik tu harus untuk siapa sebenarnya?"

"Untuk SUAMI!" kata iman yang bijak..bijak.. :)





Nasihat-nasihat iman agar insan tidak sesat.


"Hai insan, jagalah ibadahmu, akhlakmu, perilakumu kerana Dia sedang melihatnya. Jangan kau ambil ringan kerana Dia akan menilainya. Jangan kau fikir kau sudah memperolehi kemanisanku sedangkan kau masih belum merasa apa itu ujian dariNya. Rasakan dulu, tempuhlah dengan penuh sabar, kelak kita pasti kan bertemu lagi. Selagi mana islam bersama di sisimu, selagi mana amalmu masih kau pelihara, ketahuilah aku tetap akan ada. Janganlah kau bersedih. Percayalah janji2 Allah itu benar dan sesungguhnya aku ini datang dari Allah dan hanya Dia yang berhak menemukan aku denganmu."


Hiasi diri dengan iman dan takwa

p/s: Kita ini hanya hamba Allah. Kita tak tahu bila masa kita akan mati. Peliharalah iman kita sebaik2nya dengan cara melemahkan nafsu. Kerana apabila nafsu kuat, maka iman lemah. Dan begitulah sebaliknya. Bagaimana nak didik nafsu? Iman kata...dengan berpuasa! Insha Allah, berdoalah agar kita dimasukkan ke dalam syurga bersama2 dengan iman kita :D

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive