,

PMG'11@Unisel GEMPAK!

4/04/2011 10:00:00 AM


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya saya telah diberi peluang sekali lagi untuk mengikuti program yang banyak manfaatnya.


PERKAMPUNGAN MENARA GADING
"Mahasiswa Pemacu Masa Depan Ummah"
anjuran PEPIAS (PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR)
1-3 APRIL 2011
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR, SHAH ALAM

Program yang telah berjalan selama 3 hari 2 malam ini sememangnya satu program yang patut disertai oleh anak2 muda apatah lagi bagi kita yang bakal menempuh alam IPT tak lama lagi. sebut sahaja perkataan MAHASISWA, saya agak gerun mendengarnya. Kata orang, dunia kampus itu lebih dahsyat dari alam persekolahan. Dari assignment, aktiviti2 hinggalah kawan. Semuanya pasti menjadi kebimbangan dan perumitan dalam menempuh dunia sebagai seorang mahasiswa.

Saya tersedar dari lamunan yang agak panjang. Setelah bercuti, mengikuti program khidmat negara, sebenarnya saya masih di awang-awangan tentang hala tuju masa depan saya. Benar, saya telah ambil keputusan untuk menyambung dalam bidang perubatan. Tapi, sekali lagi, program ini membuatkan saya terfikir sejenak.

Adakah saya minat?

Adakah saya layak?

Tapi, semuanya berbalik pada diri kita sendiri dan ketentuan Allah swt.
Mungkin jawapan yang saya mahu takkan saya dapat hari ini. Namun cukuplah sekadar meyakinkan saya bahawa masa depan itu tiada siapa yang tahu melainkan Allah. dan Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita.

"ALLAH BERIKAN APA YANG KITA PERLU, BUKAN YANG KITA MAHU"

secara keseluruhannya, program ini dijalankan di Dewan Kuliah dan juga LDK. sememangnya LDK adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan dan berjaya membuka minda saya dan rakan2. Saya disatukan bersama rakan2 yang lain (Uyun, Andi, Eira, Anis, Zaf, Hajar, Khairi, Piah) di bawah satu kumpulan iaitu "Universiti Al-Azhar". Entah kenapa kami sahaja yang memegang nama IPT luar negara sedangkan kumpulan lain semuanya menggunakan nama universiti tempatan. LDK ini umpamanya seperti usrah. awal2 sesi perkenalan, kami diberi setiap seorang satu watak yang berbeza. Nasib baik pernah melakukannya di kem, jadi bagi saya tiada masalah. Satu sahaja yang berlainan. ada soalan tambahan yang pada saya amat sukar untuk dijawab. SOALANNYA?

Nyatakan ciri2 lelaki idaman?

=,=''

okay.....

dahlah kena bawa watak garang.

macam mana tu?

Akhirnya ini yang menjadi jawapan saya. Ringkas tapi penuh bermakna.

"Saya percaya Lelaki yang baik adalah untuk Perempuan yang baik"

Sepanjang LDK, memang group kami agak kecoh. Kesian fasi2 kami *Akak Fadh dan Abang Madi. Tapi, makin lama, makin layu pula kami. Alasan saya, rasa sebak dah nak habis program ni..hehe. Trademark Al-Azhar yang jadi ke'jeles'an Abang Muslim ialah *Kita Bakar versi Kak Limah. entah kenapa ayat tu sahaja yang keluar dari awal hingga ke akhir LDK.

Satu pesanan Kak Fadh dan Abang Madi yang hingga kini masih terngiang2 dalam kotak fikiran saya, walau apa2 pun, niatkan kerana ALLAH. Benar...saya mungkin terlupa. Entah kenapa selama ini ilmu yang saya peroleh saya lupa semua itu datang dari Allah. Bukan dari buku, bukan dari cikgu. Sebab itu, pelajar selalu risau kalau tak habis ulangkaji, tak habis baca buku. Kerana dia lupa segala ilmu itu datangnya dari Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

CIRI2 MAHASISWA ISLAM:

Matlamat Hidup
Amal Ibadah
Hukum Syara'
Agen Perubah
Sabar
Idealisme
Sahsiah Diri
Wibawa
Aktivisme

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKTIVISME VS AKADEMIK
Tajuk perdebatan di Dewan Kuliah 1

Masalah siswa-siswi zaman sekarang ialah mereka takut sekiranya pelajaran terganggu akibat menyertai program2 di luar kelas.
Pernyataan ini membuka mata saya. Saya lihat sekeliling. Kakak2 dan abang2. Mereka ini tidak busy ke? Nak study lagi...nak berdakwah lagi... Lantas, Kak Fadh telah menjawab segala pertanyaan yang berbenak dalam hati ini.

"Cuba adik2 bayangkan, kalau semua orang asyik fikir nak berjaya, nak dapat pointer bagus.. Agak2 ada tak program ni?". Saya menggeleng. "Kalau sorang berfikir biarlah orang lain yang buat, macam mana nak sampaikan dakwah Islam tu?". Saya terdiam. Memikirkan sejenak kata2 itu. Tiba2 saya teringat kepada Presiden PEPIAS. Bukankah beliau juga seorang yang berjaya? Pendakwah dan dalam pada masa yang sama merupakan seorang jurutera. Tapi, dia masih menyibukkan dirinya demi memajukan ummah. Kagum dengan usahanya itu. Dan kagum dengan semangat yang kakak2 dan abang2 bawa berpaksikan nama Islam. Satu persoalan yang ditimbulkan kepada tuan presiden, Kenapa dia masih berada di sini? Jawabnya, "Kerana saya pernah melaluinya dan perlu memberitahu atau menunjukkan kepada adik2 yang lain pula."

Konklusinya: Kita haruslah bijak membahagikan masa untuk mencari ilmu dan juga berkongsi ilmu :)

===================================================================

4 ELEMEN ILMU DALAM ISLAM berdasarkan Surah Al-'Alaq:

1- Iqraa' (Bacalah)
2-Rabb (Tuhan)
3-Khaliq (Pencipta)
4-'Allama (mengajar)

disampaikan oleh Abang Fawwaz
-untuk complete sebagai Mahasiswa Islam


===================================================================

Satu cara lain untuk selamat di dunia IPT ialah SENTIASA MENANGKAN IMAN.

Forum: Jati diri Mahasiswa Islam.
Moderator: Saudara Syafizan b. Rosli
Panel: 1. Saudara Zulhelmi b. Abdullah
2. Saudara Syukur b. Abdul Syarif
3. Saudari Fadzilah Mastura bt. Sokibul Fadil


Antara isi yang disampaikan:
1. Kena pandai pilih kawan yang baik.
2. Menangkan iman.
3.Menuntut ilmu kemsyarakatan
4.Wajib mendalami ilmu agama
5.Memastikan berjalannya dakwah islamiah
6.Menjadi pengajar kepada orang lain
7.Amalkan apa yang kita belajar
8.Jaga aurat dan akhlak

"Bayi yang lahir menggenggam tangannya kerana dia takut lupa pada janji Allah sewaktu di alam roh" - Kak Fadzilah

"Mula merancang dan membuat pelan tindakan untuk masuk ke syurga"- Abang Zul

Apa yang saya peroleh melalui forum,
Aimi Syahirah binti Azmi


p/s: teringin nak sertai lagi mana2 program anjuran PEPIAS :) InsyaAllah bertemu lagi...

You Might Also Like

4 comments

  1. Mimo sayang, rumah yg dekat unisel yg dekat2 petronas tu rumah aku! Hahahah hari tu aku macam usha2 jugak kalau nampak org yg kenal tapi tak nampak siapa! ;)

    ReplyDelete
  2. mayah..ler..npe tak ckp awal2..
    boleh kite singgah rumah mayah :D

    ReplyDelete
  3. Tu la pasal hari tu tanya Mimo kat Facebook tapi tak reply maaa!

    ReplyDelete
  4. kite dah gi rumah kezen dulu kot time tu. kite gi ngn die so tido lah dulu kat umah die :))
    sorry tak reply..hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Blog Archive