Ketahuilah wahai insan,
Tika kau berjalan,
berkata-kata,
Memandang dengan mata,
Senyum dan tawa,
Baik budi, buruk pekerti,
Semua tercatit dalam buku amalanmu.
Ketahuilah hai insan,
Yang indah itu akhlak,
Yang kelam itu mazmumah,
Yang manis itu iman,
Yang pahit itu dosa
Jangan biar dirimu lemas dalam hanyutan hawa nafsumu,
Jangan biar dirimu terperangkap dalam bayangan duniawi,
kerana luarnya sahaja indah,
Bagi mereka yang tidak punya tempat di syurga,
Sedang hakikat di dalamnya pedih dan perit
Buat mereka yang guna akal sewarasnya.
Ketahuilah hai sahabatku,
Jalanmu itu salah,
Langkahmu itu terpesong,
Hanya kerana cinta,
Mudahnya kau bermadah,
Hanya kerana rindu,
Mudahnya kau melampiaskan nafsumu,
Bukan itu caranya,
Bukan itu fitrah kita,
Kerana fitrahnya lebih manis jika kau berdiam sahaja.
Ketahuilah hai sahabatku,
Berdirinya kau bukan kerna ku,
Hebatnya kau bukan kerna gurumu,
Ayunya kau bukan kerna ibumu,
Merdu suaramu bukan kerna madu,
Semuanya harus kembali kepada Yang Maha Satu.
Ketahuilah wahai insan,
Hidup ini terlalu singkat kira masanya,
Nikmat itu terlalu banyak takkan terkira,
Syukurmu itu harus kembali padaNya,
Jalanmu itu harus membawamu menuju ke syurga,
Segala perilakumu dilihat olehNya,
Sementelahan itu,
Waspadalah!
Jangan disingkatkan kain yang menutupmu,
Jangan dihadkan amalan seharimu,
Jangan terleka dengan dunia permainanmu,
Kelak pasti rugi,
dan ketahuilah,
Hanya akhirat yang abadi...
Hamba yang mahu tahu.
0 comments