,

Misi menyelamatkan Muslimah

4/29/2011 05:26:00 PM


Alhamdulillah, syukur di atas nikmatNya, saya masih mampu bernafas hari ini. Waahh..bangun pagi2 dah hujan. Rasa berat sangat mata ni.. Astaghfirullah..

Iman: Bangunlah awak! Cepat2! Pergi solat sana..

Diri: -_- fuu..fuu..

Iman: =,= oit2..bangunlah.. nak kena azab ke tinggal sembahyang.

Diri: =,- oh! ^0^ okeh2.. saya bangun!

*buat kawan2, jangan contohi sifat pemalas di atas. Lain kali terus bangun tau :)

Tajuk hari ini mungkin nampak macam biasa dengar. Biasa lihat. Dan mungkin biasa buat. Tapi, ada sesiapa yang biasa betulkan kesalahan orang tak?

Iman: Awak pun sama je..

Diri: Saya berusahalah ni awak.. Tolong saya taw.

Iman: Okeh ^-^

Saat ini, mungkin anda berada di hadapan kaca komputer. Mungkin juga sedang membaca warkah ini. *kalau tak, macam mana boleh baca sekarang pula kan?

Kekurangan diri. Saya masih tertanya-tanya. Mengapa saya hanya menegur kesalahan orang lain sedangkan orang di sekeliling saya masih terus hanyut dengan duniawi semata2. Saya tidak kisah? Siapa kata. Kalau saya tak kesah, takdelah saya post tentang hal ini.

Sementelahan tadi, baru saja saya berbincang bersama rakan2 lain dalam Majlis Ilmu. Yang lebih spesifiknya, tentang muslimah. Apa hal pula dengan kaum Hawa? Asyik2 nama kami yang jadi mangsa.

Chill people. Wanita dilahirkan bukan untuk dikutuk, bukan untuk dicaci dan bukan untuk dipersalahkan. Tapi, mengapa masih ada yang memperkatakan tentang kita?

Wanita 1: Biarlah orang nak cakap apa.. suka hati i lah nak pakai macam mana.. janji tutup kan?

Inilah yang terjadi. Sebab inilah orang selalu mempertikaikan kita. Ketahuilah hai muslimah, setiap gerak-gerimu pasti akan diperhati oleh orang lain. Cara pemakaianmu, cara jalanmu, cara percakapanmu dan segala perilakumu. Pasti ada yang membawa mulut.

Apa yang berlaku dalam perbincangan kami, saya rasa ramai yang sudah tahu. Pemakaian tudung masa kini. Salahkah kita untuk berfesyen? Salahkah kita untuk tampil cantik pada kaca mata orang lain?

Dari segi tudung, sekarang melambak di pasar raya tudung Arini, Yuna dan seumpama dengannya. Tipu kalau saya kata, saya tak pernah pakai. Pernah. Dahulu sebelum saya menetapkan semula tata pemakaian saya. Tidak salah, mungkin. Cuma mari kita perlihatkan kembali diri kita. Cukup labuhkah sehingga menutup dada? Pakai sanggul tinggi2 kah?

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan eko
r Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

(H.R. Muslim)


Ramai yang tertanya2.. salahkah sekiranya aku memakai begini? Bukankah dikira lebih baik daripada mereka yang langsung tidak menutup aurat.

Fahamilah hai muslimah. Syaitan itu tiada kerja lain melainkan menampakkan sesuatu perkara bagaikan betul sedangkan tidak. Kita fikir kita sudah cukup bagus dengan hanya bertudung. Tapi, apakah kita bertudung itu sudah menepati syarak? Saya di sini tiada maksud yang lain selain menegur rakan2 dan diri sendiri. Sedar dengan kemodenan dunia, tapi jangan sekali-kali alpa. Sedar tentang sesuatu yang salah, jadi jangan sekali-kali menampakkan seolah-olah ianya betul.

Adakah dikira menutup aurat sedangkan rambut masih bisa dilihat? Bentuk leher boleh dibayangkan? Saya sendiri melihat kepada orang sekeliling saya dan menilai juga diri ini. Mungkinkah aku ini akan mengundang fitnah dunia? Saya tidak nafikan diri ini masih lemah. Tapi seandainya yang lemah ini masih terus-terusan lemah, siapa yang mahu bangkit menjunjung misi menyelamatkan muslimah?

Kenapa muslimah?
Sedangkan ramai juga lelaki yang sama teruk dengan segelintir daripada kita. Tidak. Bukan saya tidak mahu menegur, namun atas nama diri ini an-nisaa', lantas saya mahu menyelamatkan kita dahulu. Barulah bisa menyelamatkan kaum Adam.

Bagaimana?
Ketahuilah terdapat hadis yang mengatakan sebesar-besar fitnah terhadap kaum Adam adalah berpunca daripada kaum Hawa. Memang itu fitrahnya. tertarik bagaikan magnet. Jadi, pada bila kaum Hawa sendiri sudah diperbaiki, lantaran masihkah ada kaum Adam yang akan difitnah disebabkan kaum Hawa?

Pasti ada yang sudah terfikir, salahkah aku berkawan dengan lelaki? Saya tidak mahu menetapkan hukum. Saya bukanlah orang yang boleh mengeluarkan fatwa semata-mata. Hanya apa yang saya tahu, berkawan sahaja tidak salah. Tapi, dari sudut yang bagaimana? Atas apa tujuan? Ya, saya akui. Ramai rakan2 yang terbuai dengan cinta. Tiada istilah cinta sebelum bernikah. Yang ada mungkin minat, suka. Dan kalau boleh, pendamkanlah ia agar tidak memberi laluan kepada syaitan unutk mendekatkan kita kepada zina.

Berbicara soal muslimah, yang mana diri ini masih lemah, masih perlukan bimbingan, marilah kita sama2 menasihati antara satu sama lain. Mahukah kamu kaum Adam yang menegur? Pasti malu bukan? Jadi, lakukanlah perubahan biarpun sedikit. Biarlah sedikit daripada tiada langsung. Dan ingatlah, perubahan takkan datang secara tiba2 melainkan diri sendiri yang berusaha. Kalaupun jalan ini nampak sukar bagimu, apakah perkataan JIHAD mampu memberi makna yang baru dalam mempertahankan akidahmu? Tepuk dada, tanya iman.


Sahutlah seruan dakwah atas jalanNya. Moga2 kita beroleh rahmat dan keredhaan Allah.
Ukhuwahfillah <3

You Might Also Like

2 comments

  1. menarik.tapi kenapa letak gambar kita ramai2 tanpa mntak izin dulu.haihhhh.HAHA.*perasan kejap.

    ReplyDelete
  2. Apelah.. haha. :)
    Awak kan masih kecil.. lihat shja gmbar profil awak tu..hehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Blog Archive