,

Hajarul Aswad: Si Batu Hitam

4/09/2011 03:45:00 PM




Buat tatapan bersama...marilah baca apa yang mahu saya kisahkan pada hari ini.

Kak Fadh: Ini bukan teka-teki lah, ini soalan betul2.

Saya: Er..soalan apa pula ni.. (dalam hati)

Kak Fadh: Ibadah apa yang hanya boleh dilakukan oleh seseorang tanpa orang lain melakukannya?

Kawan 1: Puasa?

Kak Fadh: Kalau kamu puasa, orang lain pun boleh puasa...

Kawan 2: Saya tahu kak..Mengucup Hajarul Aswad..

Saya: Ouh...

Panjang betul ouhhh saya apabila satu2 ilmu Islam itu disampaikan. Saya rasakan diri saya ini terlalu jahil nak dibanding dengan rakan2 lain.

Pernah dahulu, sewaktu di kem. Kami nak main kuiz untuk aktiviti usrah. Bila tiba masa perjumpaan, mereka tanyalah kepada kami2 yang perempuan. Siapa yang...... Apa gelaran..... Saya? Tiada jawapan.. Hanya sekadar mengangguk. menggeleng. atau tak buat apa2. blur je.. adui, tu lah. tinggi mana ilmu kita ni pun..hanya umpama setitis air dari lautan. Sebab tulah kita dituntut menimba ilmu bersama2 agar ilmu yang setitik dari setiap orang inshaAllah akan jadi sebaldi. *Fikir2kan...


Mencium Hajarul Aswad Dari Jabir r.a katanya: “Tatkala Rasulullah s.a.w tiba di Mekah, mula-mula baginda mendatangi Hajarul Aswad lalu baginda cium. Kemudian baginda berjalan ke kanan lalu berlalri-lari kecil tiga kali putaran dan berjalan kaki empat kali putaran.” (Muslim)


Alkisah...

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t.. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."


Apa kelebihannya mencium hajarul aswad ini? Hati saya tertanya-tanya. Saya pelik. Sampaikan manusia berebut-rebut mahu menciumnya. Mungkin persoalan tetap menjadi persoalan. Wallahua'lam..

Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang-orang musyrik .


Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda : “Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia ( anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam.”

Riwayat Ahmad dan Turmizi.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive