Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
alhamdulillah..sempat lagi saya meng'update' blog ni. yelah..bukan main busy dua tiga hari ini dengan persiapan majlis perkahwinan Along.
*ucapan terima kasih kepada rakan2 saya especially Iman, Fathihah, Qila dan Asmah serta dua rakan Seseri, Atiqah MK dan Irna Hasymira (jauh korang jalan kan? hehe)
HARI INI: bercakap pasal persediaan.
sebelum kahwin, kita ada persediaan. sebelum pergi interview, kita kena buat persediaan *saya tengah buat sekarang ni.. nak buat apa2lah, kena ada persediaan juga.
dan yang paling penting di sini, persediaan menunggu MATI.
Kepentingan mengingati mati.
Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka". Abu Sa'id r.a |
|
|
2010: Setiap kali aku telefon ibu, pasti ibu khabarkan nenek sedang sakit. emm..nenek..usia sudah lebih 80 tahun. namun masih mahu menggagahkan diri untuk melangkah. walau dengan tongkat sekalipun. walaupun sakit, tapi masih mampu menasihat. Nenek pernah berpesan padaku "Nanti belajar elok2. periksa pon buat baik2. boleh sambung belajar tinggi2. boleh kerja besar2. senang mak bapak." waktu itu, aku hanya mampu tersenyum. menganggukkan kepala. sekadar menyenangkan hati orang tua. tapi, saat itu, Allah saja yang tahu. Aku tengah berperang dengan diri sendiri. mencari kejayaan yang tak pasti. Tapi kini...
Malam, hampir pukul 1.. baru sahaja aku masuk tidur selepas pulang dari rumah nenek. Nenek..baring sahaja di atas katil..ku lihat matanya melilau. itu pertama kali aku melihat orang yang berhadapan dengan sakaratul maut. hampir..namun belum lagi. Anaknya membisikkan kalimah2 suci di telinga. Aku sekadar berdiri di tepi. melihat apa yang berlaku.. Allah..beginikah dugaannya sewaktu mahu meninggalkan jasad kepunyaanMu? Ya Allah..permudahkanlah saat2 kematian nenekku.. Sesungguhnya Kau yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aku terbangun dari lena. ku lihat nota di bawah pintu. Ibu pergi dulu. Nenek dah meninggal. Aku diam. Terpaku. Aku sangka nenek masih bernafas. Lantas, aku berkejar ke rumah nenek. Ku dengar alunan bacaan yaa sin dari tangga merah. Ku melangkah longlai menaiki tangga itu. Lantas ku lihat sekujur tubuh tenang berbaring di atas katil. Saat2 pengebumiannya hampir tiba. Aku mahu sekali memandikannya. namun, aku tidak punya kekuatan lagi. takut nanti2 terbawa2 sampai ke mimpi. Satu sahaja yang mampu aku lakukan, aku ambil kain putih yang sedia terjahit. Aku masukkan daun2 pandan yang wangi ke dalam kain itu agar menjadi bantal yang kecil...untuk nenek. waktu itu, Allah saja yang tahu, kesedihan mula menyelubungi hati. Aku mahu sekali menangis. Namun, entah mengapa..aku gagahkan diri untuk tidak mengalirkan air mata. sehinggalah saat aku mencium pipi nenek. Sejuk..aku berhati2 agar air mataku tidak jatuh ke wajah nenek. Kalau dulu, senyuman itu mampu lagi terukir. kini, hanya ketenangan yang bisa aku lihat dari wajahnya.
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal |
Hadith : |
Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti." Anas r.a |
Nenek, ingin sekali aku kongsi kegembiraan ini. Andainya nenek ada, pasti nenek happy. tapi, sekarang nenek di sana. sedang menghadap malaikat Munkar dan Nakir. Tenanglah nek jawab soalan2 mereka. Aku tidak tahu apa yang nenek alami di sana. tapi yang aku pasti, aku takut dengan alam barzakh. Aku takut dengan mati..
Semoga roh nenek dicucuri rahmat. Semoga Allah mengampunkan dosa2 nenek sewaktu hidup di dunia ini . Al-Fatihah..
p/s: semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat insan2 yang masih bernafas. Ingatlah. hidup bagaikan akan mati hari ini. Jangan meratapi kematian dan jangan sesekali bersedih tentang masa lalu. kita yang hidup perlu teruskan langkah perjalanan ini. Sesungguhnya, dengan mengingati mati akan menjadikan kita sebagai HambaNya yang bertakwa.. wallahua'lam..
1 comments
eh, aimi, i thought all of your posts after dis is going to be in eng. haha..anyway, love readig through your entries :)
ReplyDelete