masih teguhkah janji kita?

3/17/2011 02:40:00 PM

Bismillahirrahmanirrahim...


facebook: join group: HALAQAH IMAN.

setinggi2 kesyukuran kepada Allah Tuhan Sekalian Alam kerana menemukanku dengan rakan2 yang punya cinta padaMu.
terima kasih ya Nurul Izzah kerana add saya dalam group ni. mula2 saya takut..
Ya Allah..budak2 maahad je semuanya. saya rasa tak layak. tapi saya gagahkan diri untuk turut serta dalam halaqah di alam maya.
Subhanallah. Kalimah kedua saya ucapkan. hebatnya mereka. berdakwah walaupun di ruangan maya. menuntut jihad dengan menggunakan teknologi. ya..ini yang saya panggil dakwah cara moden.

kalau dahulu, dakwah Rasulullah bersama para sahabat menuntut pedang untuk dijulang. membuat seruan dari nun di atas bukit seperti kisahnya:

Ibnu ‘Abbas mengisahkan: Ketika Allah turunkan ayat:
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yg terdekat!” Rasulullah  mendaki bukit Ash Shafa kemudian berteriak lantang membangunkan penduduk Makkah sehingga mereka berkumpul di sekitar beliau. Ada yg datang sendiri dan ada yg mengutus wakilnya. Rasulullahpun berkata”Wahai Bani Abdil Muththalib wahai Bani Fihr bagaimana pendapat kalian kalau saya beritakan bahwa ada sepasukan berkuda di balik bukit ini siap utk menyerang kalian. Apakah kalian akan mempercayaiku?”

Mereka menjawab”Ya.”
Kata beliau lagi”Ketahuilah sesungguh aku adl pemberi peringatan buat kalian sebelum datang adzab yg sangat pedih.”
Tiba-tiba Abu Lahab menukas”Celakalah kau selama-lamanya. Apakah hanya utk ini engkau mengumpulkan kami?”

Allah pun segera menurunkan:
“Celakalah kedua tangan Abu Lahab!” .



Januari 2011 - pertemuanku bersama para sahabat di Kem Millennium.
sementara menunggu panggilan ustaz untuk di'interview', kami yang baru sahaja berkenalan mengambil keputusan untuk membuat usrah tak rasmi. masa itu, saya ingat lagi. baru kenal mana satu budak maahad, budak SMA dan sekolah2 lain lagi. hati gembira tatkala menerima pelbagai kisah yang tak pernah saya dengar. satu sahaja perkataan yang terlintas di hati.. Alhamdulillah..

selang beberapa minggu, tiba2 sahaja Azizah datang pada saya dan Sakinah. wajahnya sugul. saya bertanya kepadanya "Kenapa dengan kau Zizah?". lantas dia memandang kami dengan seribu satu kerutan di dahinya. "Amir suruh cari 10 orang wirawati untuk jadi Badar".

saya memandangnya, "Badar?". kat PLKN pun ada Badar ke? ingat Ajk surau semata2. saya lihat kertas di tangannya. "Nama aku pun ada?", Azizah mengangguk. saya rasa hati berdebar. sini bukan SESERI. saya tak kenal pun mereka. mampukah saya tanggung beban dakwah ni? tapi, bukan itu yang menjadi kerisauan Azizah. Dia bimbang kalau2 ada yang tak puas hati dengan pilihannya. macam tu jugak lah saya fikir mula2. "aku ni bukannya sekolah agama. ok ke?". "Tak apalah..kau dengan Fiqa kan pernah jadi Badar kat sekolah," Sakinah menenangkan hati saya. ya..mungkin..tapi..




Tamat sahaja Raya Tahun Baru Cina, kami memulakan aktiviti surau. satu hari, Amir (ketua Badar wira) panggil kami untuk perbincangan lebih lanjut tentang surau. satu je kami katakan padanya. "takkan hari2 nak zikir sahaja?", memang zikir tu baik, tapi bila dah semua tidur siapa yang nak zikir. dari situlah perbahasan dimulakan. segala rancangan, cadangan kami utarakan. dan akhirnya kami sepakat untuk mengadakan usrah. Alhamdulillah..berhasil juga hingga ke akhirnya. Forum yang wira2 buat pun best juga. siap buat lawak bajet ada kamera kat belakang. plus, masing2 berlakon jadi ustaz dari Jordan lah, anak kembar 3 lah, isteri 4 lah.. heii..tak kering gusi kami dibuatnya.

dan satu masa, badar (5 wirawati berkumpul di belakang stor kayak menghadap ke lombong). saya ingat lagi persoalan yang rakan saya kemukakan kepada kami, "kamu betul2 seriuskah dengan dakwah ni?". serta merta pandangan kami beralih kepadanya. saya tanya balik pada diri saya. saya muhasabah diri saya sendiri. lantaran itu, kami sama2 mengangguk. dan mulalah kami bermadah antara satu sama lain dan semuanya berkisar tentang Islam. isu tudung kat plkn and etc etc. yang pasti, senja petang itu agak berlainan dari hari2 yang lain. kerana waktu itu kami makin bersemangat dengan dakwah yang kami bawa.




12/3/2011
saya bertemu Afiqah. saya menangis. tak sanggup rasanya nak berpisah dengan rakan2. saya kenang kembali apa yang kami lalui di sini. kalau hari Ahad orang lain tidur, habis rollcall pukul 8pagi kami terus bergegas ke surau kemudian ke PK2. perbincangan demi perbincangan, masalah demi masalah kami kongsikan sampai satu saat semua orang terdiam (loading..) nak mencari jawapan. sampai kadang2 tergelak dengan kebuntuan diri sendiri. saya minta maaf pada Fiqa, Sakinah, Izzah dan Azizah. walaupun pertemuan kami hanya sementara namun perjuangan kami masih berterusan. dan ucapan itu masih terngiang2 lagi di telinga saya "Teruskan apa yang kita perjuangkan kat sini walaupun lepas ni kita dah tak dapat nak jumpa."
saya sebak. runtuh lagi air mata ini. Atas nama Allah kita bertemu dan atas namaNya kita berpisah. satu je harapan saya, semoga janji ini terpateri di sanubari, semoga ingatan tak luput di hati dan semoga ukhwah fillah berkekalan sampai mati. teruskan perjuangan dakwah kita dan insyaAllah atas nama dakwah demi Islam kita akan bertemu kembali. wailalliqa'..

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive