ukhwah fi sabilillah..

3/14/2011 01:14:00 PM

PLKN: entri terakhir.

12/3/2011
beret dilambung setinggi-tingginya ke langit. semua wira dan wirawati tersenyum puas. itulah saat2 yang kami nanti2 kan setelah hampir 3 bulan berada di Kem Millennium.

Nostalgia Malam Seribu Kenangan

selesai sahaja menunaikan Solat Maghrib dan Isyak, ditambah pula dengan tazkirah yang terakhir, tahulah saya bahawa itu penanda tamatnya segala kenangan di PLKN. sebak mula menguasai diri saat2 doa dilafaz di surau.
"kalau ada jodoh, bertemulah kita di muka bumiNya tapi seandainya tidak di bumi InsyaAllah bertemulah kita di syurgaNya".
selama hampir 3 bulan di sini, tidak pernah saya terbayang yang saya akan sesedih ini untuk meninggalkan PLKN. yelah.. first time dapat surat panggilan tu, macam malaikat maut yang mengetuk pintu rumah. risau bukan kepalang. rasa macam langit tu nak runtuh dan menghempap badan je. tapi, tulah.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya.

Setelah hampir seminggu kami mengerah kudrat untuk persembahan, akhirnya malam yang cukup indah bertambah2 seri dengan gelak tawa dan kadang kala sedu sedan mengenangkan saat2 yang bakal berakhir ni tiba juga. saat lagu dan bila esok berkumandang, saya hanya mampu tersenyum sambil melihat rakan2 yang lain turut sama menyanyikannya. mulalah terkenang kembali first time kat sini. dengan budak2 dorm B, kompeni Alpha, budak2 usrah, Badar dan wira wirawati serta cikgu2 yg kami sayangi. saya hanya mampu pahatkan dalam sanubari sahaja.

Persembahan dimulakan dengan kompeni charlie diikuti delta, bravo dan kompeni alpha yang paling last. tak tahan nak gelak tengok telatah bravo dan tak tertahan melihat keletah Salam buat kali terakhir. tapi, guys, saya minta maaf sangat2.. terlupa part last. aiseymen.. tulah. Manusia hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan.

selepas habis persembahan kompeni, persembahan nasyid daripada wira2 pula. dengan berpakaian complete hitam, saya ingatkan serius jela..boleh pula buat lawak gula2 nano atas pentas. tapi, bolehlah tahan. dengan takde alat muzik tapi ganti suara semulajadi je jadi muzik latar, saya bagi kredit lah kat wira2 nasyid. ok bha kalau kau..haha. dan akhir sekali persembahan dari guru kami, cikgu Maziah. cehh..suara sedap cikgu ni..hihi. lagu uji rashid kan? saya dah lupalah.. tapi yang penting kami enjoy walaupun lepas tu memang sangat penat lepas melantak macam2 pada malam tu. janji kita enjoy kan.. ;)

pagi 12/3- perbarisan tamat latihan di padang kawad Kem Millennium Beranang diserikan lagi dengan kehadiran ibu bapa wira wirawati. alhamdulillah, persembahan kawad senyap dan tts dapat dijalankan memandangkan cuaca tidak basah. kalau tak, nasib lah kena buat kat Dewan Makan. confirm boring. walaupun matahari agak terik dan yang pasti, charlie dan alpha yang menjadi mangsa panahan mentari pagi itu, kami gagahkan diri juga melihat kawad walau mata sudah semakin silau dek matahri yang bersinar. memang sepet habis lah mata saya time tu. tulah gunanya photochromic glass..cewahh..dah masuk part chemist ni.

satu peristiwa yang takkan saya lupakan, saat2 nama kompeni terbaik keseluruhan diumumkan. namun pada saat itu juga, ada seorang wira yang terkena rejangan. hampir kena sawan mungkin. saya tidak tahu. yang pasti air mata saya hampir2 sahaja berlinangan apabila mendengar nama Tun Abdullah dilaungkan. oleh kerana kami dalam baris kami hanya mampu tersenyum puas dan mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Yang MAHA PENYAYANG. siapa sangka, Alpha berjaya menjadi kompeni terbaik keseluruhan kerana kami sangkakan saingan terdekat kami Bravo yang bakal merangkul gelaran tu. kuasa Allah..siapa yang tahu kan?

dan yang paling penting, balingan beret selepas tepuk terima kasih kami laungkan. memang rasa nak menangis tapi entah kenapa saya takde air mata lagi time tu. mungkin sedang happy so, susah sikit nak nangis. orang lain dah merah mata nak menahan sebak.

tapi, rupa2nya, air mata tu saya simpan untuk persembahan di dewan makan. selepas tamat je persembahan kebudayaan (tarian Sarawak, Sabah, Melayu, Cina dan India), kami sama2 menyanyikan lagu Satu Malaysia buat kali yang terakhir. cikgu Fiq bersemangat jadi conductor sampai tersemput2. takpe cikgu, saya tabik spring kat cikgu. dan tibalah saat di mana lagu Salam Terakhir mula mencuri pendengaran kami. lalu satu2 wajah saya tatap. rakan2 saya.,skin..reena..meera..fiqa..izzah..dan yang saya paling tak tahan Azizah. bila lagi saya boleh jumpa dengan dia? bila lagi saya boleh mendengar tawanya? mungkin kalau call boleh lah tapi tak sama bila dapat berjabat mesra dengan dia. sabah..jauh. terpaksa merentas laut china selatan kalau nak bertemu. insyaAllah wahai sahabatku. satu hari nanti ye ;'D



malam tu pula, terpaksa saya menahan sebak di dada. terpaksa mengiringi pemergian rakan2 dari sabah dan sarawak. start je pukul2 pagi, announcement berbunyi memanggil rakan2 dari Sabah. bukan setakat wirawati yang turun ke DM. wira2 pun ramai turut serta malah turut mengalirkan air mata saat terpaksa melambaikan tangan sebagai tanda terakhir pertemuan kami kali ini. ada yang tak lepas berpelukan, ada yang teresak2 menahan tangisan. dan pagi yang penuh syahdu diberhentikan sementara apabila bas yang terakhir meninggalkan perkarangan Kem Millennium tepat jam 4.30pagi. pagi Subuh tu, ramai jugak yang bangun lambat. saya sendiri terbangun pada jam 5.35pagi. sangkaan saya tepat. tangisan akan disambung pada pagi itu juga. selesai menagaminkan doa selepas Solat Subuh, saya merenung ke lantai. tempat saya bersujud selama tiga bulan. karpet biru yang sentiasa berhabuk tu adalah tanda kami pernah bersujud padaNya di sini. dan itulah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki ke Surau Muhammadiyah (kalau tak silap). insyaAllah saya takkan lupa segala tazkirah, hadis, forum dan usrah yang pernah kami jalani di kem ini. walau tak berubah secara keseluruhannya namun secebis itu pun sudah cukup bagi saya dan rakan2 agar dapat mengubah diri menjadi insan yang lebih baik.

akhirnya pada jam 8.30 pagi selepas mengiringi rakan2 dari Kajang menaiki bas ke Jalan Reko, saya pergi bertemu dengan azizah yang masih kehampaan kerana tidak sempat berjumpa dengan rakan2 dari Sabah dan Sarawak yang flight mereka awal darinya. saya hanya sempat berkata padanya, " jaga diri dan kalau boleh jangan lupakan aku teruskan apa yang kita perjuangkan di sini dan insyaAllah aku akan jumpa kau satu hari nanti". dan reena adalah orang yang terakhir saya jumpa di kem Millennium.

setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dan setiap yang hidup pasti akan mati. buat rakan2 kem Millennium. LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA. memang sedih berpisah, memang sakit terpisah. namun persahabatan yang berlandaskan ukhwah fi sabilillah ini tetap akan berkekalan abadan abadan. segala nasihat korang memang saya hargai dan insyaAllah kita sama2 mencorak diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik untuk bangsa, negara dan agama. simpanlah kenangan2 kita sepanjang kita kat kem dan kalau boleh lupakan jelah apa yang buruk dan ambil sahaja memori2 yang indah. tapi tak semestinya yang buruk tu jadi kenangan pahit. kena pra support best gak ape..hehe. sambutlah salam perpisahan ini. insyaAllah kita bertemu lagi.
Wa ilalliqa' <3>

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive