tepat jam 6.30pagi. saya terbangun. hari ini tidur atas lantai. tak kisah pun..best je. hehe.
alamak! handphone! saya terlupa satu benda. nasib baik saya tak terbaring atas skrin yang mengeluarkan nombor tu (ayat Cikgu Hadi ni.. ;P) dan tak semena2 saya teringat Kuliah Subuh yang kami jalani setiap pagi Selasa di Kem. memang syok lah. satu: dapat ilmu. dua: dapat skip pt pagi.haha. Astaghfirullah..betulkan niat..
capai2 sahaja handphone sahaja, ada satu mesej dari Skin. waaahhhh.. rindunya.. baru berapa hari terpisah dengan kawan2 kem, tapi macam dah bertahun2 tak jumpa. serious saya rindu gila kat mereka (kawan2 seseri..jangan jeles ye..u always in my heart). lagu DAMAI terus berkumandang di telinga saya. YA ALLAH, betapa hanya Dia sahaja yang tahu perasaan saya yang menggelodak nak jumpa mereka2 ni.
tepat jam 7.26am. handphone SE S500i mengeluarkan bunyi biiipp.. lantas saya ambil dan terus tekan button ok. Ya Allah.. Afiqah. mesejnya berbunyi begini :
Tazkirah Subuh.
Nabi S.A.W bersabda "Barang siapa yang jatuh cinta lalu menyembunyikannya dengan penuh kesabaran, nescaya Allah akan memberi keampunan baginya dan memasukkannya ke dalam syurga".
renung2kan dan selamat beramal...
Subhanallah..saya tersentak seketika. begitu besar ganjaran yang Allah beri untuk hamba2Nya. dan betapa rindunya saya pada sahabat saya yang seorang ini lebih2 lagi perkongsian ilmu sebelum kami tidur. memang dia yang banyak mengajar saya tentang erti Islam. dan sampai sekarang saya masih mencari jawapan pada soalan yang dia kemukakan.
Apa makna ISLAM pada kamu?
saya merenung kembali diri saya. Alhamdulillah, satu sahaja perubahan besar bagi diri saya. saya hanya mula mencari cinta yang hakiki. cinta yang abadi. yakni cinta Allah Tuhan yang Maha Penyayang.
memang benar kita akan ada jodoh dengan rajulun insyaAllah yang soleh. tapi, bagi saya selagi kita tak mengerti betapa cinta Allah itu lebih nikmat daripada segala2nya, kita tak layak untuk mencintai insan2 yang lain.
Renungan:
cintakan bunga akan layu
cinta manusia akan mati
cintakan Allah kekal abadi
itulah cinta yang sejati
cintakan dunia akan fana
cintakan harta akan rugi
cintakan Allah kekal abadi
itulah cinta yang sejati...
p/s: rindunya Surau Muhammadiyyah Kem Millennium. asal waktu zikir je, mesti dorang paling semangat time doa ni.. ya Taibah pun best kan? Takbir! ^-^
0 comments