Alhamdulillah,
3/17/2011 09:47:00 PMBismillahirrahmanirrahim,
yezzaa!! <<<<
Ya Allah, tolonglah bagi peluang kat aku beli tudung tu.
semenjak duduk kat kem, alhamdulillah saya dah terbuka hati nak pakai tudung. ehh, silap. tudung yang lebih panjang. get what I mean? bukan kerana seseorang atau kawan2 tapi niat kerana saya ingin memperbaiki diri saya dan yang pasti niat saya Lillahi Ta'ala..insyaAllah..
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri. hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah Tuhan yang memerintah langit dan bumi. wallahua'alam..
0 comments