aku berserah,

3/21/2011 11:54:00 PM

Ya Allah, segala puji bagiMu,
Yang memerintah langit dan bumi.
Yang menguasai alam semesta.
Yang menentukan segala qada' dan qadar kami.

tika ini, aku menadahkan tangan,
mengutus doa penuh kudus,
mengharapkan Kau mengerti,
rasa gementar di hati ini.

bukan aku meminta yang lebih,
tetapi aku mahu yang terbaik,
bukan aku memaksa ketentuan takdir,
tapi aku berharap kebahagiaan kembang mewangi.

di hadapanMu, aku bersujud,
kepadaMu aku berharap,
dan hanya padaMu aku menyembah,
Tiada yang lain Ya Rabbul Izzati,
Hanya Kau Pemberi nikmat kepada makhluk,
Kau lah jua Yang Maha Pengasih,
dan kepada Kau lah jua sebaik-baik sandaran,

Tika ini jua,
aku berserah,
penuh redha dan pasrah,
satu yang ku harapkan,
Jangan hilangkan rasa ini dariku,
Biarkan aku tetap menguntum senyum,
walau hakikat takdirMu sepahit hempedu,
biarkan ku telan bagaikan ianya madu.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive