Bismillahirrahmanirrahim..
Allah berfirman yang ertinya “Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” (QS. Al-Baqarah: 213)
dan Allah berfirman yang ertinya “Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, niscaya tak ada baginya seorang pemberi petunjuk.” (QS. Az-zumar:23).

aktiviti hari ini:
ayah suruh lipat kain. bertimbun tu.
Agak lama saya tak baca majalah. yelah, kalau dulu asek dok belek majalah Remaja yang 'astaghfirullahal'azim' tu.. sekarang saya beralih kepada Nur dan dara.com.
sebenarnya tak kisah majalah apa pun yang kita baca, asalkan memberi manfaat pada kita. kadang2 majalah remaja pun ada bentangkan isu semasa yang mungkin berguna pada kita. dan mungkin juga kita boleh gunakannya untuk berdakwah kepada orang lain.. (mungkin..masih mencari apa yang boleh diguna..)
sedang2 saya membelek majalah Dara.com, saya terharu membaca kisah seorang muallaf ni. nama islamnya Amin (if I'm not mistaken). dia sememangnya telah lama menanti panggilan dari Illahi (bukan maut tapi hidayah). selama ini dia dah banyak kaji tentang Islam namun akhirnya apabila dia mendengar seorang rakan memberi tazkirah tentang maksud Surah Al-Ikhlas, dia terus terbuka hati lantas memeluk Islam..alhamdulillah.
Bismillahirrahmanirrahim... (terjemahan Surah Al-Ikhlas)
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

kisah ini mengingatkan saya pada seorang sahabat saya. memang benar dia pernah bertanya pada saya tentang Islam. dan dia tidak kisah seandainya suatu hari nanti kemungkinan dia akan memeluk Islam akan menjadi suatu kenyataan. saya hanya mampu mendoakannya namun hidayah itu tetap milik Allah rabbul 'alamin. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui akan segala sesuatu.
0 comments