barakallah ;)

3/14/2011 03:00:00 PM

alhamdulillah..pada tarikh 11/3/2011, abang saya yang paling sulung selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya. yang sedihnya, saya tak dapat hadir kerana masih lagi berkhidmat untuk negara (PLKN daaa..)

masih sempat melihat Along bersanding pada hari semalam. MasyaAllah..abang saya ke tu? tak caya ni.. LOading lagi ni... almaklumlah..baru habis tinggalkan kawad and everything pasal PLKN. sampaikan time abang saya nak berarak ke rumah pengantin perempuan, saya boleh pulak buat lawak bagi komand "Dari kiri, CEPAT JALAN!"
Saya pun tak tahu sindrom apa yang saya kena. nasib baik pagi tadi saya tak melilau buat PT pagi pula. aiseyh...rindu suara TOK WAN.."bangun..bangun..bangun! jangan tidur lagi."

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-33.

“Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari ni’mat Allah ?” Surah An Nahl : Ayat 72

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518, dan Hakim 2: 160 dari shahabat Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu).

pesanan dari seorang adik kepada abangnya:

perkahwinan itu ibarat satu mahligai yang Allah adakan untuk menyatukan dua hati yang sedang berkasih. jangan lihat ia hanya sekadar untuk bersama semata2 kerana cinta tapi bersama2lah hidup dengannya semata2 kerana Allah. InsyaAllah akan bahagialah rumah tangga Along. walaupun Syira tak mengerti lagi tentang rumahtangga namun Islam itu cukup sempurna dan apa yang Syira tahu mengenai Islam, Islam itu sendiri menganjurkan kasih sayang. cukuplah sekadar nasihat ini yang mampu seorang adik sampaikan pada abangnya. jagalah isteri Along elok2 dan hiasilah rumahtangga Along dengan iman dan akhlak. kalau boleh sekurang2nya setiap hari Along mohonlah rumahtangga yang sejahtera yang diredhai Allah sepanjang masa. jangan lupa solat jemaah bersama isteri tersayang, bacalah quran walau satu ayat sehari dan bermunajatlah pada Allah di malam hari sebelum melelapkan mata. hanya Allah yang mampu beri kebahgiaan pada kita dan percayalah dengan janji2Nya. semoga Allah merahmati Along dan isteri dan insyaAllah beroleh zuriat yang soleh dan solehah. amin2 ya rabbal alamin.. ;)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Blog Archive